| Rangsangan: Terdapat pelbagai medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis. Antaranya termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Soalan: Dalam perkataan “antaranya’, -nya merujuk kepada pelbagai medium. Adakah penggunaan -nya ini gramatis? | Penggunaan "nya" dalam contoh tersebut tidak gramatis kerana "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sepatutnya ayat tersebut ditulis "Antara medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka." | Tatabahasa | 16.04.2012 |
| Assalamualaikum, Mohon penjelasan penggunaan pada dan kepada yang terdapat dalam ayat berikut: Allah menampakkan sedikit kesempurnaan-Nya yang tidak terhingga itu pada@kepada kewujudan insan kamil. Kepada @Pada insan kamil ini, Allah memperlihatkan ciptaan-Nya dan membahagikan kasih sayang-Nya. | Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276. | Tatabahasa | 28.10.2011 |
| Jika "nya" ialah kata ganti nama diri ke-3, apakah fungsi "nya" dalam ayat "Keterangan alat ialah unsur yang menerangkan perkakas atau benda yang digunakan yang bentukNYA terdiri daripada frasa sendi nama. Kata sendi namaNYA ialah dengan". Ayat ini dipetik daripada Tatabahasa Dewan Edisi ke-3. | Kata ganti nama diri orang ketiga –nya digunakan untuk merujuk manusia. Selain itu, dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk pascakata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan atau pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Oleh itu, fungsi –nya dalam ayat pertama ialah kata penekan dan ayat kedua ialah kata pembenda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2013), halaman 104 dan 295-296. | Tatabahasa | 06.12.2025 |
| terdapat beberapa perkataan yang ejaan betulnya telah dipersetujui seperti sama ada reka bentuk dsbnya. Tetapi apabila menggunakan perkhidmatan PRPM masih ada lagi perkataan yang ejaan nya salah seperti samada, rekabentuk. Jadi ini mengelirukan terutama pelajar sebab ia ada dalam PRPM DBP yang dianggap sentiasa betul. Harap maklum. | DBP sentiasa memastikan maklumat yang dipaparkan dalam PRPM sentiasa betul. Oleh sebab itu, PRPM menyediakan pilihan perkhidmatan bergantung pada keperluan pengguna. Sekiranya pengguna ingin menyemak ejaan, silalah klik Khidmat Nasihat Bahasa. Contohnya, taip samada, klik Khidmat Nasihat Bahasa, semua jawapan yang diberikan memaklumkan ejaan “sama ada’ yang tepat. | Ejaan | 24.02.2014 |
| Selamat sejahtera.Terdapat beberapa persoalan yang ingin saya tanya kepada pihak tuan/puan.Adakah perkataan "ianya" tidak digunakan lagi? Saya mendapati terdapat perubahan tertentu dalam penggunaan bahasa.Bagaimana atau di mana boleh saya rujuk untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perubahan penggunaan bahasa atau perubahan kata? | Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut berkaitan bahasa tuan boleh rujuk Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 08.02.2010 |
| 1)apakah maksud amalan dari segi istilah dan bahasa ? 2)apakah maksud agama dari segi istilah dan bahasa? | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata amalan ialah sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan. Manakala maksud agama ialah kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa); | Istilah | 25.03.2009 |
| selamat petang Adakah ayat berikut betul. 1. Manisnya sungguh senyuman penyambut tetamu itu. terdapat guru menyatakan tidak perlu letak -nya. Macammana pendapay cikgu. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah manis sungguh senyuman penyambyt tetamu itu. | Tatabahasa | 14.10.2008 |
| Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Lain-lain | 04.09.2010 |
| Assalamualaikum, adakah boleh digunakan kata ganti milik seperti "ku", "mu", "nya" atau "mereka" kepada kata nama khas, misalnya "Allahku", "Allahmu" "Allahnya" dan "Allah mereka". | Berdasarkan Korpus DBP, terdapat kumpulan kata ganti nama bagi kata nama khas seperti Allahku, Allahmu dan Allahnya. | Tatabahasa | 11.06.2023 |
| Boleh tak sesiapa beritahu definisi dipratikan? | Tiada istilah "dipratikan". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "praktik" yang membawa maksud: 1. perbuatan melaksanakan teori (keyakinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg tersebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamalkan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. | Makna | 26.02.2014 |