Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ga.ma/] | ترݢامق

Definisi : sampai hati, sanggup, teragak: masakan ~ ia membiarkan seorang drpd ahli keluarganya itu diseksa Jepun; tidak ~ a) tidak teragak, tidak terkira; b) tidak ragu-ragu, tidak teragak-agak; c) tidak sampai hati, tidak sanggup: barangkali Ismail tidak ~ melihat Jamilah, sepupunya itu menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ga.ma/] | ترݢامق

Definisi : sanggup melakukan sesuatu; sampai hati: Masakan dia ~ menghampakan harapan ibunya. tidak ~ a. tidak dpt diteka atau diagak. b. tidak sampai hati; tidak sanggup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergamak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
lampiran
Salam sejahtera,


Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), kebohongan ialah hal atau sesuatu yang bohong manakala 
pembohongan pula ialah perbuatan membohongi atau membohongkan.  

Saya sertakan contoh penggunaan daripada data korpus DBP untuk rujukan:

kebohongan

1. ...lelaki itu membongkar kebohongan manusia dalam kehidupan secara sinis.
2. ...ditambah dengan hal-hal yang tidak pernah terjadi, atau dipenuhi dengan kepalsuan dan kebohongan.
3. Segala tipu muslihat, kebohongan dan sebagainya digunakan.


pembohongan


1.  ... tergamak melakukan pembohongan hanya untuk menghalalkan serangannya itu.
2. Dia bertaubat dan sedar atas kesilapan dia kerana sudah terlalu banyak pembohongan yang dilakukan membuatkan kami marah.
3. ...mereka tidak henti-henti membuat pembohongan berhubung isu itu...


Kejujuran pula membawa maksud sifat jujur, iaitu bebas daripada pura-pura atau tipu daya.
Makna25.01.2025

Kembali ke atas