Tergelincir dari atau tergelincir daripada landasan hidup sebenar? | Frasa yang betul ialah "tergelincir daripada". | Tatabahasa | 27.04.2015 |
Noryani tergelincir setelah ditangkap kerana melakukan perbuatan sumbang. munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan tergelincir? TK | Noryani tergelincir setelah ditangkap kerana melakukan perbuatan sumbang. Perkataan yang seerti dengan tergelincir ialah tergelongsor, terpeleset dan tersendorong. Saudara boleh layari prpm.dbp.gov.my untuk membantu carian kata dan makna. | Tatabahasa | 24.04.2013 |
Izat ..............apabila melalui jalan yang licin itu. jawapan..................... terjelepok/ tergelincir/tersungkur? | Perkataan yang paling sesuai ialah tergelincir. 'Izat tergelincir apabila melalui jalan yang licin itu.' Menurut Kamus Dewan, tergelincir bermaksud terdorong kerana licin dll; tergeluncur. Terjelepok bermaksud jatuh terduduk. Tersungkur bermaksud jatuh ke depan serta muka terkena tanah; tersembam. | Tatabahasa | 28.05.2011 |
Salam sejahtera.Harap tuan/puan dapat memberi penjelasan yang terperinci bagi soalan yang berikut: 1. Apakah perbezaan dari segi makna dan penggunaan bagi "terlentang" dan "tergelincir"? 2.Ahmad jatuh __________ kerana terpijak kulit pisang. Yang manakah jawapan yang betul? "terlentang" atau "tergelincir"? 3. ___________ ayahnya meninggal dunia, Ahmad telah menjadi pendiam. Antara "semenjak" dan "setelah", yang manakah lebih sesuai? Mengapa? Sekian, terima kasih. | Telentang bermaksud terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telentang: Dia ~ badannya di lantai. Tergelincir bermaksud terdorong kerana licin; tergeluncur: Dia jatuh ~ kerana terpijak kulit pisang; mula turun (tentang matahari); ki terlepas cakap; telah terlanjur mengatakan sesuatu. Ahmad jatuh tergelincir kerana terpijak kulit pisang. Semenjak bermaksud mulai dari, sejak: ia tidak pernah datang-datang lagi ~ lamarannya dahulu ditolak; sejak. Setelah bermaksud sesudah, sehabis, selepas: ~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalanan; ~ itu, lori itu melanggar saya. Semenjak ayahnya meninggal dunia, Ahmad telah menjadi pendiam. | Tatabahasa | 18.04.2014 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Rear Derailleur"? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rear derailleur" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "rear" yang padanan bahasa Melayunya ialah belakang. Padanan bahasa Melayu untuk "derail" ialah tergelincir dan "derailment" ialah kegelinciran. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan penggelincir belakang. | Istilah | 15.08.2013 |
salam tuan. keliru dgn istilah 'menggelecek' atau 'mengelecek'. yg mana yg betul ejaannya. semak kamus, kedua-duanya ada makna dan hampir sama. kata dasarnya gelecek atau kelecek? terima kasih. | Encik Syamsuri, Kedu-dua perkataan mengelecek(kelecek) dan menggelecek(gelecek) ada dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada makna yang hendak disampaikan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan kelecek bermaksud : (kelécék); mengelecek (dlm permainan bola sepak, hoki dsb) membawa bola dgn kaki, kayu pemukul dsb dgn pergerakan yg cepat dan tangkas serta mengelirukan supaya tidak dapat dirampas pihak lawan. Makna perkataan gelecek ialah : - (gelécék); gelecak (gelécak); menggelecek menggelangsar, menggelincir;
tergelecektergelangsar, tergelincir: masa kawan ~ dlm sungai, kawan rasa beban di belakang badan kawan jatuh ke dlm sungai.
| Makna | 02.02.2010 |