Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.go.poh.go.poh] | برݢوڤوه -  ݢوڤوه

Definisi : gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.go.poh.go.poh] | برݢوڤوه -  ݢوڤوه

Definisi : dlm keadaan bergopoh-gopoh; tergesa-gesa. Dgn ~, dia keluar dr bilik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergopoh-gopoh

Peribahasa

Bagai buah keras di dalam sekul.

Bermaksud :

Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh. buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan 1. Apakah perbezaan antara menurunkan dan menjatuhkan bagi harga . soalan 2. Apakah beza susah senang, duka lara, jerit perih,pahit getir. soalan 3 Apakah beza terkinja-kinja dan terkocoh-kocoh. soalan 4. manakha betul Pesuruhjaya -pesuruhjaya dengan pesuruh-pesuruhjaya. soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. diharap pihak tuan memberi ulasan terperinci,terima kasih.1. Keduanya boleh digunakan. 2. Susah senang membawa maksud kesusahan dan kesenangan yang ditempohi; pahit getir membawa maksud kesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam; manakala, duka
lara membawa maksud nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. 3. Terkinja-kinja membawa maksud terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll). Manakala, terkocoh-kocoh membawa maksud tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa.
4. Pesuruhjaya-pesuruhjaya.
5. Ayat a, b, c, dan d betul.
Tatabahasa24.03.2013

Kembali ke atas