Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terhadap-harap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1) Pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Saya harap pihak khidmat nasihat dapat menyediakan penerangan sekali dan penggunaan ayat yang betul. Terima kasih.1) Pendedahan terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit.
2) Ujian pendedahan terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk.
Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda.
Tatabahasa30.05.2016
Salam 1Malaysia, Permasalahan yang sebenarnya ialah mengambil berat tentang atau terhadap. Ada munsyi bahasa menyatakan bahawa mengambil berat tentang sesuatu manakala mengambil berat terhadap seseorang. Adakah konsep ini boleh diguna pakai? Seperkara lagi, adakah kata sendi ke atas sesuai digunakan selepas frasa mengambil tindakan dan mengenakan hukuman? Harap jelaskan. Sekian. KAY SEVENMaklumat tentang penggunaan kata 'tentang' dan 'terhadap' adalah betul. Untuk lebih memahami 'tentang' ialah kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Frasa ke atas digunakan bagi merujuk kedudukan di atas. Berdasarkan contoh ayat yang diberi penggunaan kata yang lebih gramatis ialah 'mengenakan hukuman terhadap'.Tatabahasa22.07.2011
saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu tugasan yang bertajuk 'Implikasi penjajahan media massa barat terhadap bahasa melayu' saya harap pihak DBP dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat bagi saya menyediakan tugasan ini. sekian, terima kasih.

Kalau saudari masih ingat semasa saudari melayari laman ini, saudari pasti akan terbaca kenyataan berikut di awal paparan: 

KNB membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa
Bagi tujuan tugasan kuliah, saudari perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, atau perpustakaan yang berdekatan.
Lain-lain06.09.2009
harap anak-anak sekalian jangan bermain di sini , ada kesalahan tak ?tqKata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan hadir sekali sahaja dalam suatu ayat, seperti Jangan buang sampah di sini dan Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin. Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi Harap anak-anak sekalian tidak bermain di sini atau Jangan bermain di sini.Tatabahasa06.07.2012
1.Apakah perbezaan antara 'tolong' dan 'sila'? 2.Apakah perbezaan antara ' harap' dan ' sila'? Terima kasihKata tolong, sila dan harap tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan stiap kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan perkataan sila yang digunakan. Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256.Tatabahasa18.04.2012
Salam sejahtera, di sini saya ingin menyuarakan satu ketidakpuashatian terhadap Laman DBP. Saya hanya seorang pelajar yang berumur 14 tahun, namun saya amat cinta terhadap bidang bahasa dan sastera. Walaubagaimanapun, saya bersekolah di sekolah mubaligh yang sudah semestinya mengguna bahasa Inggeris apabila berkomunikasi kecuali dalam subjek-subjek tertentu. Pelbagai program yang dianjurkan di sekolah berkait rapat dengan bahasa Inggeris. Justeru, saya amat berbesar hati apabila mendengar tentang Rakan Dewan yang dijalankan oleh pihak DBP. Sayangnya, ia memerlukan ahli yang berumur 18 tahun ke atas. Saya juga mempunyai cita-cita setinggi langit untuk menjadi ahli sasterawan yang berjaya dan bergaul serta dapat berbincang dengan karyawan, sasterawan dan cendekiawan yang hebat-hebatbelaka seperti Usman Awang. Harap pihak DBP dapat mendengar keluhan saya. Saya juga ingin bertanya mengapakah ahli Rakan Dewan mesti berumur 18 tahun ke atas?Tahniah atas minat dan kecintaan saudara terhadap bahasa kebangsaan kita. Begitulah sepatutnya jati diri yang perlu ada pada setiap warga Malaysia. Tentang keahlian Rakan Dewan, ada baiknya suadara bertanya terus kepada bahagian yang berwenang, iaitu Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP melalui talian 03-21479000/01/02 atau e-mel pertanyaan kepada Ketua PDM, Puan Kamriah binti Abu Samah, kamariah@dbp.gov.my.Lain-lain20.10.2015
Apakah maksud istilah tatasemia? Terima kasih. Mengapakah akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk utama atau subtajuk? DBP perlu bertindak tegas terhadap akhbar harian yang memandang remeh terhadap hal ini kerana akhbar merupakan penyalur ilmu dan model bahaha?Harap saudara dapat memberikan konsep atau konteks penggunaan bagi kata tatasemia.  Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan terima kasih atas pandangan dan cadangan saudara tentang peranan dan tanggungjawab DBP dalam memastikan penggunaan bahasa yang betul, khususnya dalam media cetak.  DBP sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat bahasa kepada masyarakat pengguna bahasa melalui pelbagai saluran seperti khidmat nasihat dalam talian, melalui faksimile, telefon dan juga kunjungan.Lain-lain29.05.2008
Apakah perbezaan antara 'harap' dan 'berharap' dari segi penggunaannya dalam ayat? Terima kasih"Berharap" bermaksud  ingin utk mendapat sesuatu atau supaya terjadi sesuatu. Contoh:  Kami berharap pada tahun 2021, kami dapat menunaikan umrah bersama-sama ahli keluarga yang lain.

"Harap" merupakan kata perintah iaitu perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. Contoh: Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin. 
Lain-lain05.10.2020
Slm, Harap pihak tuan dapat mengesahkan sama ada ayat di bawah betul atau tidak? a) Sesetengah nutrien perlu dilarut oleh lemak sebelum mereka boleh doserap oleh badan. b)Asid oleik sangat baik untuk jantung dan membantu mengawal terhadap radang sendi. c)Pokok avokado mempunyai kecenderungan menghasilkan buah yang banyak pada satu-satu tahun itu dan pada tahun berikutnya akan menghasilkan buah yang sedikit pula. tqSalam,

Ayat yang lebih sesuai dicadangkan:

1) Sesetengah nutrien perlu dilarut oleh lemak sebelum boleh diserap oleh badan.
2) Asid oleik sangat baik untuk jantung dan membantu mengawal radang sendi.
3) Pokok avokado mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan buah yang banyak pada satu-satu tahun dan pada tahun berikutnya pula sedikit.
Lain-lain25.06.2015
mengapakan istilah bahasa inggeris yang di melayukan mengunakan '-si' di akhiran perkataan..dan bukannya '-kan', '-se' atau sebagainya. contoh: tranformation=trafomasi modification=modifikasi aplication=aplikasi *terdapat pelbagai contoh perkataan lain juga yang diakhiri dengan '-si' saya mengalami kekeliruan terhadap persoalan nih.. harap Tuan/Puan dapat membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini..terima kasih atas bantuan..Untuk makluman, dalam tatacara pembentukan istilah terdapat satu kaedah, iaitu penyerapan yang bermaksud mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Proses penyesuaian istilah asing mengutamakan bentuk visual, yakni bentuk ejaannya, supaya sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Akhiran asing -tion boleh dipadankan menjadi -si atau -syen. Contohnya, tradition (tradisi), variation (variasi), convention (konvensyen) dan convocation (konvokesyen). Akhiran -kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja, contohnya belikan dan padamkan. Tidak ada akhiran -se dalam bahasa Melayu.Istilah14.02.2012
12345

Kembali ke atas