| Super mum | Ibu terhebat/ibu terunggul | Lain-lain | 14.07.2008 |
| 1 Ada pendatang-pendatang asing yang datangke negara kita menjalankan kegiatan yang melanggar undang-undang negara. pendatang-pendatang asing boleh digandakan selepas ada ? 2 a Banyak kanak-kanak yang bermain di taman itu ditemani oleh ibu bapa mereka. b Banyak orang dating ke pameran buku itu. Banyak boleh digunakan dalam ayat ini atau guna ramai lebih sesuai ? 3 sungguh comel sekali, terhebat sekali , amat bijak sekali ---- boleh menggunakan sama sekali ? 4 Ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak dari segi tatabahasa? a Telah ditempah oleh ibu baju raya. b Pelajar-pelajar ponteng sekolah pada saat-saat begini. c Kamu bertolek ke Tawau pada pukul berapa ? d Keputusaanya bergantung kepada tawaran yang akan dikemukakan. e Masalah ini anda perlu menyelesaikan dengan segera f Makanan yang terhidang tadi pun dikatakan masakan Melayu g Bahagian dapur belum mendinding h Supaya peredaran darah baik, saya selalu makan herba. | 1. Penggandaan perkataan pendatang adalah lewah. 2. Perkataan banyak juga boleh digunakan untuk orang. 3. Yang betul ialah sungguh comel sekali dan amat bijak sekali manakala terhebat sekali salah dari segi tatabahasa kerana imbuhan "ter" sudah menunjukkan darjah penghabisan. 4.a. Ayat tidak lengkap b. Ayat ini betul. c. Ayat ini juga betul d. Keputusannya bergantung pada tawaran yang akan dikemukakan. e. Masalah ini perlu anda selesaikan dengan segera. f. Ayat ini betul. g. Ayat ini salah dan mengelirukan. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
| Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya ingin bertanya apakah padanan bagi 'superpower' bagi ayat ini: "From now on, be very careful how you use your superpowers." Padanan yang ada dalam pangkalan data PRPM ialah kuasa terbesar tetapi pada pendapat saya ia tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut. Atau bolehkah saya menggunakan 'kuasa hebat' sebagai padanannya? Jika tidak, saya ingin meminta Tuan/Puan memberikan cadangan bagi padanan istilah ini. Terima Kasih. | Kedua-duanya cadangan kata (kuasa terbesar dan kuasa terhebat) yang dikemukakan untuk padanan kata superpowers tersebut betul dan boleh digunakan, tetapi bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Untuk konteks ayat yang dikemukakan oleh saudari ini, padanan kata "kuasa hebat" lebih sesuai digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2018 |
| Salam. Apakah cadangan pihak DBP bagi terjemahan untuk label-label generasi yang berasal daripada bahasa Inggeris? Khususnya "the lost generation," "the greatest generation," "the silent generation" dan "baby boomer generation"? Terima kasih. | Berdasarkan data rujukan kami, terdapat istilah seperti yang berikut: i. lost generation – generasi hilang ii. silent generation – generasi senyap Manakala, cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai bagi the greatest generation ialah generasi terhebat. Bagi baby boomer generation pula, pihak kami akan membincangkan terlebih dahulu dalam Jawatankuasa Istilah Semasa bagi mendapatkan padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2022 |
| ASLMK, Adakah Cerpen sama dengan Novel ? Dari. mahasiswa | Apa itu Cerpen
Ia sebuah karya kreatif yg singkat. Ia lazimnya membentangkan sebuah episod yg significant (mungkin boleh lebih sedikit jika anda punya cukup kemahiran menggarapinya) dan melibatkan watak yang amat terhad jumlahnya. Bentuk penulisan ini perlu pendek, tapi tepat; watak diperkenalkan secara dramatik ataupun penuh aksi, tapi jarang dibina dgn cukup sempurna. Sebuah cerita pendek juga lebih cenderung menumpukan perhatian kepada mood, daripada keseluruhan ceritanya.
ATAU
Untuk lebih mudah difaham, kita ibaratkanlah cerpen ini sebagai sebuah tumbuhan (misalnya, pohon bunga) di dalam pasu. yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga dan bau yang harum (atau mungkin juga tiada bau, bukan?) Bagaimana anda mempastikan bibit bunga yg anda tanam di dalam pasu itu, membesar subur hingga menjadi sebuah pohon bunga yg anda banggai? Ini tugas anda tentunya, untuk menyiram dan membajainya bila perlu. Jika anda menjaganya dgn cukup baik, mana tau mungkin pohon itu akan mengeluarkan bunga yang mengharum wangi dan dikagumi ramai? Bagaimana anda hendak memastikan pohon bunga anda ini, tersenarai sebagai antara pohon bunga terhebat dan termahal pada ketika itu? Misalnya, pohon bonsai yg berharga puluhan ribu satu pasu?
Definasi untuk sebuah novel
Novel mengendalikan perwatakan manusia dalam situasi sosial, manusia adalah makhluk sosial.
Novel menitik beratkan pada watak, terutama sekali pada watak yg cukup bulat - dibandingkan drpd plot.
Satu lagi ciri yang besar tentang novel adalah realism - penuh dgn laporan kehidupan manusia tulen.
ATAU
Untuk lebih mudah difahami, barangkali, kita andaikanlah novel itu ibaratkan sebuah pokok yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga, buah.
Bagaimana kita ingin memastikan pohon yang ditanam dari hanya sebutir benih ini membesar hingga menjadi pohon, dan mungkin jika bernasib baik ia berupaya pula menghasilkan buah yg lumayan untuk membalas budi anda - ini tugas anda sebagai `petaninya' (penulis) ... mungkin anda akan membajainya dgn baja yang berkualiti tinggi dan rajin pula anda menyiraminya dgn air yg bersih dan bukan yg telah tercemar oleh tumpahan toksid dr kilang dan sebagainya.
Terserahlah pada kita sendiri, kita mahukan cerpen atau novel yg bagaimana; yang subur rendang hingga mampu menghasilkan buah yg manis harum. Atau yg kering kontang hingga seluruh daunnya berguguran ke bumi? Atau lagi dahsyat, kita hanya tanam saja benih (idea) dan mengharapkan benih itu hidup sendiri. Dan kemudiannya kita hairan mengapa benih yg ditanam, lalang pula yg tumbuh. Ya, terserah.Azmah Nordin | Lain-lain | 08.09.2009 |
| Saya Mahasiswa Universiti Islam Yala Thailand ingin soal perkenaan tentang apa perbezaan antara cerpen dengan novel wassalam. | Apa itu Cerpen