Salam sejahtera tuan. Perkataan terhempas' boleh digunakan dalam ayat ini? Dia memukul bola hoki dengan kuat dan bola itu terhantuk pada cermin kereta. Bolehkah 'terhantuk' digantikan dengan 'terhempas' dalam ayat ini? Sekian, terima kasih. | Perkataan yang lebih sesuai ialah terkena. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Bolehkah beiritahu saya perbezaan terhantuk,terhempas,terlanggar dan tertendang terima kasih | Menurut Kamus Dewan Perdana, terhantuk bermaksud kena pada sesuatu dengan agak kuat tanpa sengaja. Terhempas ialah jatuh dengan pantas dan kuat. Terlanggar ialah melanggar sesuatu atau seseorang dengan tidak sengaja. Manakala tertendang pula ialah terusir, terkeluar dan sebagainya daripada persatuan, jawatan dan lain-lain. | Makna | 16.10.2021 |
nyatakan maksud- belum duduk sudah berlunjur, biar jatuh terletak jangan jatuh terhempas, perempuan perasan lelaki pemalu | Maksud "Belum duduk sudah berlunjur": Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. "Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas" maksudnya ialah lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa. | Makna | 23.02.2009 |
Pemandu van itu ( ) sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. Ada 4pilihan A terhantuk B terhempas C terlanggar D tertendang Jawapan ialah apa | Jawapan yang betul ialah C. terlanggar Pemandu van itu terlanggar sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. | Lain-lain | 16.10.2021 |
Mohon pengesahan perbezaan istilah "pesakit terdampar" dengan "pesakit terlantar" | Terdampar bermaksud tercampak (terkandas) ke pantai setelah hanyut dibawa air, terhempas dan terkandas manakala terlantar bermaksud terletak atau terbaring, dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, terabai, terbiar. Perkataan yang sesuai digunakan ialah pesakit terlantar.
| Makna | 30.10.2018 |
Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat?Mohon ulasan yang lengkap daripada pihak tuan jika ada. 1) Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk. | Ayat tersebut betul dari segi struktur ayat. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Adakah penggunaan perkataan "kencang" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. 1) Wanita itu merangkul bayinya dengan kencang agar tidak terjatuh ke lantai. 2) Salun kecantikan itu menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan memiliki kulit muka yang kencang. Adakah penggunaan perkataan "larut" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. - Gula-gula itu larut kerana terdedah kepada cahaya matahari. Adakah kedua-dua ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat?Jika ada mohon pihak tuan perbetulkan dan mengapa ayat tersebut salah(Jika ada). - Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk. | Ayat pertama dan kedua betul dari segi makna perkataan, tetapi lazimnya masyarakat tidak menggunakan perkataan "kencang" dalam ayat tersebut dan tidak sesuai digunakan. Dalam ayat pertama perkataan "erat" lebih sesuai digunakan kerana perkataan "erat" digunakan secara lazim dalam kehidupan seharian. Manakala dalam ayat kedua pula, perkataan tegang lebih sesuai digunakan berbanding perkataan kencang. Penggunaan perkataan larut tidak sesuai dalam ayat tersebut. Perkataan yang lebih tepat ialah cair. Ayat keempat adalah betul. | Tatabahasa | 02.07.2013 |