| apakah maksud terhenjut-henjut? | Ejaan yang betul ialah terenjut-enjut. Maksud bagi perkataan tersebut ialah (bergerak dll) turun naik (tinggi rendah): ia berjalan. Harap maklum. | Makna | 28.08.2007 |
| apakah maksud bagi terhenjut-henjut? sila berikan maksud. terima kasih | Ejaan yang betul ialah terenjut-enjut. Maksud bagi perkataan tersebut ialah (bergerak dan lain-lain) turun naik (tinggi rendah), seperti ayat "Ia berjalan terenjut-enjut". | Makna | 27.05.2011 |
| 1)Apakah maksud terhenjut-henjut? 2)apakah maksud sektor kritikal ? | 1. Ejaan yang betul ialah terenjut-enjut. Maksud bagi perkataan tersebut ialah (bergerak dll) turun naik (tinggi rendah): ia berjalan. Sektor kritikal pula ialah sektor yang penting dan sedang menghadapi kekurangan tenaga pakar yang memerlukan perhatian khusus. Contohnya bidang kedoktoran. | Makna | 11.01.2010 |
| apakah maksud perkataan terhenjut dan terjelepuk? | Ejaan yang betul ialah terenjut yang bermaksud bergerak turun naik (tinggi rendah). Kata terjelepok bermaksud jatuh terduduk atau jatuh bersila. | Makna | 07.07.2008 |
| Salam Sejahtera ! Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, didapati perkara seperti berikut; kendik ; berjalan terhenjut-henjut Walaubagaimanapun, makna perkataan "henjut" tiada dalam kamus tersebut. Yang ada hanyalah enjut. Makna dan ayat-ayat contoh yang diberikan juga tidak melibatkan perkataan 'henjut' atau menyatakan enjut = henjut Mohon penjelasan tuan. | Kami ambil maklum perkara berkenaan dan akan dikemukakan untuk tindakan Bahagian Perkamusan, DBP. | Tatabahasa | 19.06.2012 |
| mana satu perkataan yang betul 1. Perbaringan atau pembaringan 2. dirinduinya atau dirindunya 3. kifarah atau kifarat 4. kesekian kali atau ke sekian kali 5. terenjut bahu atau terhenjut bahu | 1. Pembentukan kata yang betul ialah perbaringan, iaitu tempat berbaring. 2. Perkataan dirindunya dan dirinduinya ialah bentuk pasif bagi kata merindunya dan merinduinya, kedua-duanya betul bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 16.01.2015 |