Salam sejahtera. Tuan, saya ingin dapatkan bantuan tentang penggunaan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan seperti ayat di bawah. Bas yang membawa pekerja kilang itu --------- kerana hampir kehabisan minyak. Penggunaan perkataan tersengguk-sengguk dan terhentak-hentak tidak sesuai. Boleh atau tidak menggunakan perkataan terhenti-henti? terima kasih | Cadangan kami terhenti-henti. Harap maklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami ______ di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. (tersangkut, terkandas, terhimpit, terhenti). Jawapan saya ialah tersangkut. Betul? 2. Belunjur dengan berlunjur? Apakah bezanya? | 1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami terkandas di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. 2. Kata terbitan yang betul ialah berlunjur (tidak ada perkataan belunjur). | Tatabahasa | 17.07.2011 |
Minta jelaskan perbezaan penggunaan i) hingga dan sehingga ii) sejak dan semenjak | 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik. | Makna | 29.03.2008 |
1. Ibu mengisar cili ( sehingga / hingga ) lumat. 2. Olahragawan ( jatuh pada tangan / jatuh pada ) Ali. | 1. Jawapan yang tepat: Ibu mengisar cili sehingga lumat. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik. 2. Soalan kedua sukar difahami. Minta maaf. | Lain-lain | 21.09.2014 |
Apakah penggunaan yang betul sama ada sehingga kini atau hingga kini. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); maka penggunaan yang betul ialah sehingga kini | Tatabahasa | 27.12.2016 |
1. Apa beza penggunaan antara perkataan hingga dengan sehingga. 2. Dalam ayat pasif,penggunaan kata 'oleh'wajib atau tidak. contoh buku dibaca oleh Ahmad/buku dibaca Ahmad | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 'hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik. 2.Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah. | Tatabahasa | 03.05.2010 |
Saya masih keliru tentang penggunaan kata sendi dari dan hingga/sehingga. Adakah ungkapan “dari pagi hingga/sehingga ke petang” betul? Jika silap, mohon penjelasan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); Oleh itu ungkapan 'dari pagi hingga /sehingga petang boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.11.2009 |
Minta pakar bantu, Apakah perkataan yang dapat menggambarkan - sesuatu perkembangan tidak berkembang- penggunaan kata "berhenti" tidak dapat menggambarkan secara tepat keadaan tersebut. Dalam Bahasa Inggeris, stagnant dalam Bahasa Indonesia, stagnasi - kata adjektif ? boleh digunakan dalam BM. CONTOH AYAT: PERKEMBANGAN PROJEK ITU TELAH STAGNASI SEHINGGA HARI INI. (berhenti - rasa tidak tepat) | Perkataan yang sesuai bagi merujuk konteks ayat yang diberi ialah TERHENTI. | Istilah | 09.12.2017 |
assalamualaikum... soalan, apakah yang membezakan perkataan hingga dengan sehingga, peninju dengan petinju, jawapan dengan jawaban, sejak dengan semenjak. boleh jelaskan dengan memberi contoh ayat. terima kasih | Waalaikumsalam, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju ialah 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; manakala petinju ialah orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelanggang. Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan. Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak. | Makna | 12.03.2013 |
tolong tentukan kesalahan bahasa : 1 ) berumur kurang 40 tahun or kurang daripada 40 tahun ? 2 ) yang makin berkurang atau yang semakin berkurang ? 3 ) Si tukang jahit ialah kesalahan bahasa atau tidak ? 4 ) adalah antara 10 - 12 cm atau adalah di antara 10 - 12 cm ? 5 ) hingga atau sehingga ? | 1) Berumur kurang daripada 40 tahun. 2) ... yang semakin berkurang. 3) Betul. 4) Antara 10-12 cm 5) Kedua-duanya betul. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik. | Tatabahasa | 12.11.2015 |