| i)apakah perbezaan menjinjing dgn membimbit. ii)perkataan yang sesuai untuk agar-agar ialah gebu atau lembut | Makna bagi kedua-dua perkataan tersebut adalah sama. Maksudnya ialah membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Perkataan yang sesuai bagi agar-agar ialah lembut. Harap maklum. | Makna | 18.08.2007 |
| Selamat petang. Perbezaan antara membimbit dan menjinjing adalah membimbit digunakan untuk benda yang lebih berat seperti beg bimbit manakala menjinjing digunakan untuk benda yang lebih ringan seperti beg plastik. Adakah penjelasan ini betul? | Untuk makluman, “membimbit” dan “menjinjing” membawa maksud yang sama, iaitu membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah atau membawa sesuatu dengan jari. Tidak ada perbezaaan sama ada barang yang dibawa itu ringan ataupun berat. Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan secara bersilih ganti. | Tatabahasa | 23.05.2020 |