Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.hu.yung.ha.yang] | ترهويوڠ - هايڠ

Definisi : , terhuyung-huyung bergerak-gerak (bergoyang-goyang dsb) ke kiri dan ke kanan (spt orang mabuk dsb): petinju itu ~ apabila kena tumbukan yg kuat drpd lawannya; berjalan ~ berjalan (tetapi) spt hendak rebah (tidak tegak tubuh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.hu.yung.ha.yang] | ترهويوڠ - هايڠ

Definisi : terhuyung-huyung bergoyang-go­yang ke kiri dan ke kanan (spt orang mabuk): Orang itu berjalan ~ kerana mabuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huyung
Kata Terbitan : terhuyung-hayang, terhuyung-huyung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika 'terhuyung hayang' digunakan untuk perahu yongyat adakah betul? Kenapa dalam Kamus Dewan Bahasa "yongyat" membawa maksud terhuyung hayang ( perahu) dijelaskan? Adakah itu mempunyai penerangan yang lain?Yongyat dalam dialek Kedah dan Penang bermaksud terhuyung-hayang (untuk perahu dan lain-lain). Oleh itu, terhuyung-hayang atau yongyat boleh digunakan untuk merujuk keadaan perahu yang bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan.Istilah04.05.2009
Bolehkah perkataan 'terhuyung hayang' digunakan untuk kapal atau perahu yang menunjuk bergerak ke kanan dan ke kiri setelah dipukul ombak?Terhuyung-hayang biasanya digunakan untuk orang. Istilah yang tepat untuk merujuk perahu yang bergerak ke kiri dan ke kanan ialah beroleng-oleng.Istilah19.04.2009
1. apakah maksud bagai lalang ditiup angin? terima kasihLalang ditiup angin ialah terhuyung-hayang.Makna03.02.2010
apakah maksud siah? Maksud siah ialah tergoyang-goyang (daun lalang ditiup angin dll), terhuyung-hayang (orang mabuk berjalan dll). T.kasih.Lain-lain12.08.2008
Apakah maksud bagi peribahasa dan perkataan di bawah kerana saya tidak dapat dicari di mana-mana pun ? a rantai besi dimakan bubuk b lalang ditiup angin c terengsot-engsot d baik mengikut resmi padi daripada mengikut remi lalang terima kasih.

Puan,

Maksud peribahasa dan perkataan yang dikemukakan ialah i. cerita tak masuk akal ii. terhuyung -hayang iii. bergerak sedikit-sedikit tanpa mengangkat punggung iv. makin berisi makin tunduk

Lain-lain14.12.2010

Kembali ke atas