Salam tuan, Saya kemukakan beberapa rangkaim kata seperti berikut: guna pakai terima pakai pendingin hawa penghawa dingin Soalan saya: 1. yang manakah yang tepat bagi rangkai kata yang berkenaan 2. Adakah apa-apa formula yang memudahkan pelajar bagi menjawab masalah yang timbul seperti maklumat di atas | Encik Mahayuddin, Rangkai kata yang tepat ialah guna pakai, terima pakai dan pendingin hawa. Memang setakat ini tidak ada formula yang digunakan walau bagaimanapun kita mesti memahami hukum DM - diterang yang menerangkan dan sedikit ilmu terjemahan. | Tatabahasa | 05.10.2010 |
Perkataan-perkataan berikut adakah dieja rapat atau jarak? 1. Dipindahmilik/Memindahmilik atau Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani atau Ditanda tangani/Menanda tangani 3. Digunapakai/Menggunapakai atau Diguna pakai/Mengguna pakai Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani 3. Diguna pakai/ Mengguna pakai. | Ejaan | 17.01.2011 |
Saya ingin mendapat kepastian samada menerimapakai atau menerima pakai Terima kasih | Istilah yang betul ialah menerima pakai yang ditulis terpisah sebagai dua perkataan. | Istilah | 18.08.2009 |
BISNESS DAN SME | ISTILAH BISNES TIDAK DITERIMA SEBAGAI PADANAN BAHASA MELAYU UNTUK BUSINESS. ISTILAH BAHASA MELAYU YANG DITERIMA IALAH PERNIAGAAN. PENGGUNAAN ISTILAH BISNES DALAM MEDIA CETAK, MEDIA MASSA DAN SEBAGAINYA ADALAH DI LUAR BIDANG KUASA DBP DAN MEREKA TIDAK MEMINTA KHIDMAT NASIHAT DBP. SEKIRANYA PERKATAAN ITU DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PENGIKLANAN (PAPAN TANDA, GEGANTUNG, SEPANDUK DAN SEBAGAINYA) DI KUALA LUMPUR, PERLU MENDAPAT PENGESAHAN DBP, KERANA DBKL TIDAK AKAN MELULUSKAN BAHAN IKLAN TERSEBUT SELAGI TIDAK DISAHKAN OLEH DBP. WALAU BAGAIMANAPUN, SEKIRANYA ISTILAH BISNES IALAH CAP DAGANG, BOLEH DIGUNAKAN DI MANA-MANA SAHAJA. ISTILAH INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) TELAH LAMA DI TERIMA PAKAI DAN TELAH MANTAP PENGGUNAANYA. SME IALAH SINGKATAN BAHASA INGGERIS DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN. | Istilah | 07.03.2011 |
Saya mendapat soalan tatabahasa sebegini: Mereka bakal menjadi perintis bagi doktor-doktor Melayu _______ (lulus) Universiti Kebangsaan. Adakah jawapannya lulusan atau kelulusan, atau kedua-duanya diterima pakai? Terima kasih. | Jawapan yang lebih sesuai ialah lulusan. | Tatabahasa | 08.10.2015 |
Adakah ada perkataan "diguna pakai" dalam bahasa Malaysia dan adakah boleh digunakan dalam ayat berikut : Sistem tersebut telah diguna pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan. Terima kasih. | Perkataan yang betul ialah diterima pakai, Sistem tersebut telah diterima pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan. | Tatabahasa | 21.09.2012 |
Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya ejaan yang betul untuk padanan bagi perkataan "sink". Singki atau sinki? Dalam khidmat nasihat PRPM, ada kedua-dua penggunaan kata tersebut. Jadi, ejaan mana yang diguna pakai? Terima kasih. | Ejaan yang tepat ialah singki. | Ejaan | 02.11.2021 |
Apakah maksud dan asal-usul perkataan Toncit? Contoh ayat, "Jin pakai toncit". Terima kasih. | Kata "tonchet" telah terakam dalam Kamus Malay-English Dictionary (R.J Wilkinson, 1959) dengan maksud tuft or lock of hair; small queue; Hn. cf. kunchit, kunchir, kundai, chotet, konchet. Secara umumnya, makna "toncit" dalam ayat "Jin pakai toncit" bermaksud mempunyai secekak rambut yang dibiarkan panjang di kepala yang gondol atau botak, sama ada diikat tinggi atau berbentuk sanggul dan sebagainya. Dalam Kamus Dewan Perdana, terdapat kata "kuncit" yang bermaksud secekak rambut yang dibiarkan panjang di kepala yang gondol; kucir. Kata "kucir" pula bermakna secekak rambut yang dibiarkan tumbuh panjang di atas kepala yang botak; kuntung. Kata "kuntung" juga bermakna secekak rambut yang dibiarkan tumbuh panjang di atas kepala yang botak; kucir. Terdapat juga kata "tongset", kata berlabel kata klasik yang berasal daripada bahasa Cina (Kamus Dewan), dan bermaksud sanggul atau kundai. Kajian yang lebih lanjut adalah amat dialu-alukan. Bagi tujuan keselarasan ejaan, kata "toncet" atau "tuncit" adalah disarankan. | Lain-lain | 06.01.2022 |
tuan/puan bagi perkataan kuat kuasa dan guna pakai jika ditambah imbuhan awalan , apitan ejaan bagi perkataan tersebut adakah terpisah atau tidak? contoh: dikuatkuasakan berkuatkuasa, diguna pakai, menggunapakai. terima kasih. | Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian. | Ejaan | 06.06.2012 |
Terima kasih atas jawapan yang diberi kepada soalan-soalan sebelum ini. Namun demikian, saya masih ingin mendapatkan kepastian sama ada kedua-dua ungkapan, 'Tahun Baharu', dan 'Tahun Baru' memang boleh diterima pakai? Terima kasih. | Kedua-dua frasa Tahun Baharu dan Tahun Baru boleh digunakan. | Tatabahasa | 26.06.2008 |