| saya ingin merujuk kepada pihak tuan berkaitan soalan PMR 2010 baru-baru ini iaitu : Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A. amat terindah B. sungguh amat indah C. amat sungguh terindah D. sungguh amat terindah saya dan rakan-rakan sudah merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan namun tiada jawapan yang memuaskan dapat diberikan. pohon kerjasama pihak tuan untuk menyelesaikan masalah ini. Cikgu Amir Azha | Berdasarkan rujukan kami, tidak ada jawapan untuk soalan yang tersebut. Jawapan B, C dan D adalah salah kerana darjah penguat tidak boleh hadir beriringan. Jawapan A juga salah kerana tidak ada bentuk amat/sungguh + ter + adjektif (amat terindah), yang ada ialah ter + amat/sungguh + adjektif (teramat indah). | Tatabahasa | 20.10.2010 |
| Bagi pendapat pihak tuan adakah penggunaan kata penguat dalam ayat berikut adalah betul? Amat terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Amat sungguh terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat terindah pemandangan puau peranginan itu. | Ayat yang betul ialah Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama : sepandai-pandai tupai, setinggi-tinggi gunung ii. ter + kata adjektif : terbaik, tercantik iii. paling + kata adjektif : paling lazat, paling pandai iv. kata adjektif + sekali : besar sekali, cantik sekali v. ter + amat/sungguh + kata adjektif : teramat baik, teramat cantik vi. amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali : sungguh tinggi sekali, Untuk makluman saudara, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah, sangat kurang sopan, terlalu amat pedih. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244 dan 410 . | Tatabahasa | 09.12.2010 |
| amat terindah, amat tercantik dan sebagainya. tatabahasa betul? | Penggunaan yang betul ialah teramat indah atau teramat cantik, ter + amat + kata adjektif. | Tatabahasa | 10.05.2011 |
| Tn.Munsyi,mohon penjelasan frasa berikut : 1."kesakitan yang teramat sangat " adakah frasa ini tepat dalam ayat Ali mengalami kesakitan yang teramat sangat setelah terjatuh dari basikal. 2.Frasa "teramat sangat" adakah betul dan tepat daripada " tersangat amat" 3.Pemandangan di Langkawi "sungguh amat terindah" Frasa sungguh amat terindah adakah tepat daripada "amat sungguh terindah" 4.Bagaimanakah tatacara kita menyusun amat,sangat dalam frasa adjektif...amat didahulukan disusuli sangat atau sangat didahulukan disusuli oleh amat? Ulasan Tn.Sangat saya hargai didahului dengan ucapan terima kasih.... | Menurut data kami, kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat sakit. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat sakit dan teramat cantik. Ayat yang betul ialah pemandangan di Langkawi teramat indah. Selain itu, kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 259 - 261). | Tatabahasa | 30.03.2020 |
| Ayat-ayat di bawah betul atau salah?Kalau salah harap jelaskan apa kesalahannya. 1)Pulau Tioman terindah di dunia. 2) Para banduan wanita itu akan dipindahkan ke Penjara Kajang. Terima kasih | Ayat pertama ayat tergantung, sepatutnya Pulau Tioman merupakan pulau yang terindah di dunia. Ayat kedua betul. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
| Salam sejahtera, saya menghadapi beberapa kekeliruan; 1. Berkenaan ucapan salam terutamanya pada waktu tengah hari, petang dan malam. Sila rujuk keterangan di bawah. a) 12.00- 12.59 minit tengah hari - "selamat tengah hari" b) 1.00- 6.59 petang - "selamat petang" c) 7.00 - 12.00 - "selamat malam"(Bahasa Inggeris disebut Good Evening" d) 12.01 - 11.59 pagi - "selamat pagi" Adakah keterangan di atas benar atau sebaliknya. Tolong jelaskan. 2. Tolong berikan jawapan untuk soalan ini, Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A. Amat terindah B. Sungguh amat indah C. Amat sungguh terindah D. Sungguh amat terindah Soalan tentang tajuk ini pernah saya kemukakan sebelum ini namun saya masih lagi keliru. Sekian, terima kasih. | Saudara, Menurut maklumat yang dikemukakan bagi (a) ucapannya ialah "selamat tengah hari", (b) ucapannya ialah "selamat petang", (c) ucapannya ialah "selamat malam" dan (d) ucapannya ialah "selamat pagi". Kata amat, sangat dan sungguh merupakan kata penguat bebas yang letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Dalam hal ini salah satu kata sudah memadai digunakan dalam ayat. Contohnya, sungguh indah; amat indah. Awalan "ter-" ialah penanda darjah penghabisan dan digabungkan dengan kata penguat bebas . Contohnya, teramat indah; tersangat indah. | Tatabahasa | 28.11.2010 |
| Terima kasih atas bantuan. Seterusnya saya ingin kepastian tentang jawapan bagi soalan-soalan yang berikut: 1. Abu berasa _____ apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. A kaget B takjub C kagum D pelik 2. Masih ada ____ pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. A kekelituan B kegusaran C perselisihan D perbandingan 3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A AMAT TERINDAH B SUNGGUH AMAT INDAH C AMAT SUNGGUH TERINDAH 4. Biasiswa itu DIBERI KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka. A DIBERI KEPADA PELAJAR B DIBERIKAN PADA PELAJAR C DIBERI UNTUK PELAJAR Terima kasih | 1. Abu berasa kaget apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. 2. Masih ada perselisihan pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. 3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. 4. Biasiswa itu DIBERIKAN KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka. | Tatabahasa | 19.10.2010 |
| Apakah judul novel terbaharu terbitan DBP Sarawak? | Judul-judul novel terbaharu terbitan DBP Cawangan Sarawak bagi tahun 2007 ialah Katarsis Perjuangan (Mohd. Faizal Jamil), Naluri Hidayah (Sarimah Alit), Bara Yang Menyala (Jaya Ramba), Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Dayang Puteri (diselenggara oleh Jiso Rutan), Bunga Yang Menangis (Jaafar Hamdan) dan Sari Rahsia Terindah (Rosani Hiplee) | Lain-lain | 12.11.2007 |
| Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1.bena,bina2.colek,culik3.dokong,dukung4.endah,indah5.golong,gulung6.kendaraan,keinderaan7.lancong,lancung8.lengkung,lingkung9.kesal,sesal10.undang,undang-undang11.satu,suatu12.mesti,pasti12.fakto,faktor13.babit,libat14.fanatik,pejuang15.tentang,mengenai Yang manakah betul mengambil perhatian atau memberikan perhatian ? Yang manakah betul,pendingin hawa atau pengawa dingin atau penyaman udara ? Yang manakah betul,walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun ? | 1. Bena Maksud bena ialah peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya. Bina Maksud bina ialah membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu? 2. Colek Maksud colek ialah /colék/; mencolek 1. mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2. mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam dll): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3. mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. ~ hati menggelikan hati (kerana lucu atau jenaka). mencolekkan 1. mencalitkan sesuatu pd; memalitkan. 2. mencecahkan barang makanan (spt ketupat, ulam dll) pd kuahnya, sambal dsb: ~ ketupat pd rendang daging. secolek sebanyak yg dipalit atau disentuh dgn hujung jari dsb. Culik Maksud culik ialah menculik melarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb. penculikan perbuatan menculik. penculik orang yg menculik. DBP hanya boleh memberikan beberapa makna sahaja. Makna dan perbezaan untuk perkataan-perkataan lain boleh dicari dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Bagi perkataan pendingin hawa, penghawa dingin dan penyaman udara, perkataan yang tepat ialah penyaman udara. Yang akhir sekali perkataan yang betul ialah "walau bagaimanapun". Mengambil perhatian dan memberikan perhatian, kedua-duanya betul bergantung kepada konteks ayat. | Lain-lain | 07.10.2014 |