Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjadinya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah terjadinya penciplakan intertekstualiti dalam pembikinan hasil karya tempatan dan bagaimanakah cara untuk menanganinya?Ciplak secara ringkasnya mengambil karya orang secara sepenuhnya dan memasukkan ke dalam karya kita. Justeru, ciplak salah di sisi undang-undang. Akan tetapi, intertekstualiti bukan ciplak. Ia merupakan pengolahan dan penyesuaian yang kreatif oleh seseorang pengarang pada karyanya. Dalam erti kata lain, sebuah teks menghasilkan teks yang lain. Ini biasa berlaku. Jika saudara memahami intertekstualiti dengan baik dan menguasai hipogram, maka saudara akan lihat betapa banyaknya karya merupakan intertekstualiti. Sejarah Melayu misalnya merupakan intertekstulaiti daripada Hikayat raja-raja Pasai. Demikian juga dengan sejumlah besar karya Shahnon Ahmad, merupakan intertetestulaliti daripada pengarang-pengarang yang lain. Oleh sebab itu, pengaruh bacaan seseorang pengarang pada karya-karya lain tidak dapat dielakkan yang kemudiannya menghasilkan intertekstualiti.Lain-lain21.04.2007
'Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). ' Petikan ini memberikan penjelasan terhadap makna perkataan gejala. Masalah berlaku apabila wujudnya frasa 'gejala rasuah'. Soalan saya, apakah itu gejala rasuah? Tanda-tanda akan berlakunya aktiviti rasuah? Gelagat seseorang yang mahu melakukan perbuatan rasuah? Adakah gejala rasuah ada dibuat kajian? Bolehkah kita menggunakan frasa 'gejala rasuah'? Harap dapat penjelasanMerujuk kepada makna gejala, iaitu tanda-tanda akan terjadinya sesuatu, maka frasa "gejala rasuah" boleh difahami maksudnya sebagai tanda-tanda akan berlakunya rasuah. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang gejala rasuah sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan, contohnya makalah Usah biarkan gejala rasuah, Berita Harian 21.05.1998 dan Gejala rasuah adalah ibu segala penyakit, Milenia Muslim Julai 2006.Makna22.04.2012
Saya ingin bertanya apakah mengapakah terjadinya beberapa perbezaan dalam menentukan gelaran seseorang misalnya Datuk Seri, Dato' Seri, Dato' Sri... contohnya saya ingin menulis gelaran karangan pada tahun 2005 berkaitan sukan, jadi saya mencari siapakah menteri sukan ketika itu, lalu saya terjumpa pelbagai gelaran Datuk Azalina Othman, Dato' Seri Azalina Othman, Datuk Seri Azalina Othman. Mengapakah berlaku sedemikian?

Setiap penerima darjah kebesaran tertentu daripada negeri bersultan akan bergelar Dato' atau Dato' Seri kecuali penerima anugerah daripada negeri Pahang yang bergelar Dato' Sri seperti YAB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak dan YB Dato' Sri Hishamuddin bin Tun Hussein. Penerima darjah kebesaran tertentu daripada Persekutuan dan negeri-negeri tidak bersultan akan bergelar Datuk dan Datuk Seri. Sememangnya terdapat perbezaan dalam gelaran penerima anugerah negeri-negeri (bersultan dan tidak bersultan) dan Persekutuan, oleh itu media mengambil jalan tengah dengan menggunakan gelaran Datuk dan Datuk Seri untuk semua penerima. Dalam hal ini, media tidak boleh dijadikan rujukan lebih-lebih lagi dalam penulisan rasmi.

Lain-lain13.06.2011
Saya ingin tahu apa maksud 'ADIK BERADIK TIRI' ? Hubungan yang macamana terjadinya adik beradik tiri. Apakan istilah untuk 'adik beradik sebapa atau seibu'. Adakah istilah adik beradik tiri boleh digunakan? Terima Kasih.

Adik-beradik kandung ialah beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), oleh itu adik-beradik tiri ialah anak ibu (berlainan bapa) atau bapa tiri. Adik-beradik sebapa ialah sama bapa tetapi berlainan ibu, dan adik-beradik sibu ialah sama ibu tetapi berlainan bapa.

Istilah18.09.2009
Salam sejahtera Pertama sekali, syabas saya ucapkan pada PRPM kerana berjaya mendekati masyarakat dengan lelaman interaktifnya. Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan 'gejala'. Menurut Kamus Dewan, gejala bermaksud sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Dewasa ini kita lihat ramai yang mengggunakan frasa "gejala sosial" atau "gejala seks rambang". Perkataan 'gejala' seakan-akan membawa maksud masalah. Apa ini dapat diterima? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).Tatabahasa06.02.2009
Frasa "gejala sosial" berunsur negatif atau neutral?Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).Lain-lain11.07.2017
"Remaja terlibat dalam gejala sosial." Frasa "gejala sosial" ini berunsur negatif atau neutral?Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).Lain-lain11.07.2017
Sejahtera dan selamat pagi! saya ingin mengajukan soalan. Pertama, kenapa saya tak boleh menyumbang khazanah persuratan melayu di "Celik Kata" dalam "Gerbang Kata" DBP? setiap kali saya ingin menyumbangnya maka pada masa itu juga terjadinya ralat. Kedua, adakah bilangan perkataan diterhadkan dlm setiap penyumbangan kata dlm portal "Gerbang Kata" DBP? harapan saya semoga ahli DBP dapat menambahbaikkan sistem portal "Gerbang Kata" DBP. Sekian, terima kasih!Aduan tuan telah kami salurkan untuk tindakan bahagian berkenaan, iaitu Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung terus dengan bahagian berkenaan melalui pegawainya Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479000 atau e-mel abu@dbp.gov.my.Lain-lain13.02.2017
Salam sejahtera, izinkan saya untuk luahkan pendapat dan pandangan saya terhadap bahasa Melayu sekarang. Sebelum ini saya pernah memperkatakan tentang peminjaman dan serapan istilah-istilah Inggeris dalam bahasa Melayu. Saya sedikit kecewa dan merasa takut jikalau terjadinya penginggerisan keatas bahasa Melayu sepertimana yang berlaku keatas bahasa di negara Papua New Guinea. Kalau kita lihat di sana, bahasa mereka bercampur aduk dengan bahasa Inggeris sehingga menjadi bahasa rojak serta hilang keaslian bahasa Ibunda mereka. Saya sebenarnya memang bersetuju dengan pendapat dan pandangan pihak DBP dan pakar bahasa Melayu hari ini tentang peminjaman dan serapan bahasa memang berlaku secara meluas dan menjadi kelaziman serta berlaku dalam semua bahasa di dunia ini. Ya, itu memang benar, tetapi peminjaman dan serapan bahasa yang sangat banyak dan melampau juga boleh merosakkan keaslian dan ketulenan bahasa kita seperti yang berlaku terhadap bahasa di negara Papua New Guinea yang saya terangkan diatas tadi.Kami ambil maklum dan amat mamahami rasa hati yang tuan nyatakan. DBP selaku badang yang berkepentingan dalam hal pembinaan bahasa dan sastera sentiasa berusaha mengawal pembentukan istilah yang dibuat secara semberono dan sewenang-wenangnya. DBP menaruh kepercayaan kepada pakar bidang dalam pelbagai disiplin ilmu serta pengamal ilmu dalam bidang tersebut yang membina dan menyusun pelbagai istilah. Sehingga kini ratusan ribu istilah telah dibina, namun sayangnya hanya sebilangan sahaja yang digunakan.Lain-lain15.11.2015
Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Muhammad Irfan Ariff B Nor Azali Shukri, pelajar tahun 2, kursus terjemahan dan intepretasi, di USM. Saya ingin bertanya mengenai perkataan gejala. 1. Adakah perkataan gejala berkonotasikan negatif? Kebiasaannya perkataan tersebut akan dipadankan dengan perkataan negatif? iaitu gejala negatif, gejala sosial, dll. 2. Bolehkah perkataan tersebut digabungkan dengan unsur yang positif? seperti gejala positifMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Dalam wacana umum, gejala lazimnya dikaitkan dengan unsur negatif seperti gejala rasuah. Walau bagaimanapun, dalam wacana ilmiah kata gejala digunakan dalam konteks yang membawa maksud petanda, seperti gejala klinikal dan gejala tunggal.Istilah05.05.2015
12

Kembali ke atas