Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.wab] | ترجواب

Definisi : dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjawab


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mencari perkataan yang mempunyai 8 huruf. Pembayangnya ialah Sastera Arab. Penat cari masih belum terjawab.Khidmat Nasihat Bahasa tidak melayani pertanyaan berbentuk teka silang kata, sila rujuk Kamus untuk mendapatkan jawapannya.Lain-lain21.12.2011
Perkataan "mempertahankan" boleh dipakai? ini kerana dalam tatabahasa dewan imbuhan "memper...kan" tidak boleh menerima kata dasarnya, kata adjektif. Bukankah "tahan" ialah kata adjektif? SEKIAN, HARAP DAPAT TERJAWAB MASALAH INI.Walaupun "tahan" merupakan kata sifat tetapi kata ini abstrak. Kata sifat yang abstrak mempunyai makna yang khusus.Tatabahasa20.09.2007
Betul atau salah penggunaan ayat Para Hadirin Sekalian dan Hadirin dan Hadirat? Untuk makluman, saya pernah bertanyakan tentang soalan ini iaitu pada tarikh 6/10/2007 , namun hingga sekarang masih belum terjawab.Sekian, terima kasih.Para hadiran atau hadirin sekalian atau hadirin hadirat.Tatabahasa23.11.2007
Dalam kedua-dia ayat di bawah, ayat yang manakah betul penggunaan imbuhannya / kedua-dua ayat betul? Kenapa? 1. Ibu membelikan adik sepasang kasut. 2. Ibu membelikan sepasang kasut untuk adik. Masalah ini sering kami temui dalam proses pengajaran di sekolah. Semoga persoalan kami ini dapat terjawab. Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah 1. Ibu membelikan adik sepasang kasut. Ayat ini betul kerana kata kerja yang terbentuk dengan apitan men...kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif. 2. Ibu membeli sepasang kasut untuk adik. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 194-196.

Lain-lain04.04.2010
Saya ingin tanya tentang format terbaru untuk karangan PMR dalam bahagian B (karangan yang tidak melebihi 120 patah perkataan). Menurut guru dari sesetengah sekolah, format karangan bahagian B telah berubah, iaitu harus ditulis dalam 4 perenggan sahaja. Adakah pernyataan ini benar? Bolehkah karangan bahagian ini melebihi 120 patah perkataan? Jika pihak tuan tidak terjawab kemusykilan ini, harap mendapat panduan daripada tuan tentang sumber rujukan.Soalan ini lebih kepada format yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Oleh itu, saudara perlu merujuk terus  Bahagian Peperiksaan, Kementerian Pelajaran bagi mendapatkan penjelasannya.Lain-lain20.07.2011
Terima kasih atas jawapan tuan. Ayat 'Sistem yang digunakan untuk membantu manusia membuat keputusan terbaik' tidak gramatis. Ayat ini terdiri daripada subjek sahaja, tiada predikat. Ayat yang gramatis ialah 'Sistem digunakan untuk membantu manusia membuat keputusan terbaik. Dalam ayat itu, 'untuk' bukan kata sendi, tetapi kata hubung pancangan keterangan tujuan. Kemusykilan saya masih belum terjawab. Terima kasih

"Sistem yang digunakan untuk membantu manusia membuat keputusan terbaik..." - contoh ayat tersebut tidak lengkap, tanda elipsis (...) digunakan bagi menandakan sebahagian ayat telah digugurkan. Ayat yang lengkap ialah "Sistem yang digunakan untuk membantu manusia membuat keputusan terbaik tentang sesuatu masalah berdasarkan rancangan, peraturan, atau model yang ditetapkan". Kami juga bersetuju dengan pernyataan saudara tentang kata hubung pancangan keterangan dalam contoh ayat yang diberikan.

Tatabahasa04.11.2010
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab.

1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut.

2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri".

Tatabahasa15.02.2011
saya pernah bertanya sebelum ini..apakah imbuhan bagi perkataan 'menyiram'. sama ada 'me' atau 'meny'? saya ada terbaca soalan dari pihak lain yang menanyakan tentang imbuhan 'meny' dan pihak DBP mengatakan imbuhan 'meny' itu tidak wujud. Tetapi bagi soalan saya yang sebelum ini DBP manjawab imbuhan bagi perkataan menyiram ialah 'meny'. saya agak keliru. setahu saya imbuhan ini tidak ada dalam buku tatabahasa dewan. terima kasih

Cikgu Siti terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Saya rasa saya telah menjawab soalan ini pada masa yang lalu. Untuk makluman Cikgu, sila rujuk buku Bahasa Melayu Mutakhir oleh Prof. Dato Asmah Hj. Omar. Saya rasa huraian kepada jawapan yang Cikgu tanyakan akan terjawab nanti. Terima kasih

Tatabahasa21.05.2009
1. Bolehkah saya mendapatkan secara softcopy/hardcopy mengenai perkataan2 rumi didalam ejaan Jawi daripada DBP? 1.1 Jika boleh, dalam bentuk apa yang wujud ( softcopy/hardcopy) ? 1.2 Bagaimanakah caranya boleh saya dapatkan bahan2 tersebut? 1.3 Adakah terdapat apa-apa bayaran yang terlibat? 2. Adakah DBP berfungsi sebagai badan yang memantau ejaan jawi dalam format yang betul dan terkini? Jika tidak, dimana/siapa perlu saya hubungi untuk mendapatkan format ejaan jawi terkini? Jasa baik pihak tuan amatlah saya hargai.

Anda boleh mendapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Ejaan-Jawi) Edisi Kedua dengan harga RM80.00. Segala persoalan puan akan terjawab.

Lain-lain10.04.2009

Kembali ke atas