Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjemah;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemah sesuai untuk "Liquid Glass". Liquid Glass is translucent material reflects and refracts its surroundings, while dynamically transforming to help bring greater focus to content, delivering a new level of vitality across controls, navigation, app icons, widgets, and more.Padanan bahasa Melayu bagi istilah liquid glass ialah kaca cecair. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah10.06.2025
Terjemah sesuai bagi "Skeuomorphism". Skeuomorphism is a term most often used in graphical user interface design to describe interface objects that mimic their real-world counterparts in how they appear and/or how the user can interact with them. (Teknologi)Cadangan padanan bagi istilah skeuomorphism dalam bahasa Melayu ialah skeuomorfisme. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.03.2025
Terjemah "Chocolatey" ke dalam BM tanpa menggunakan perkataan "coklat,"apa perkataan boleh digunna?Merujuk kepada pertanyaan puan, istilah bahasa Inggeris chocolatey perlu mengekalkan kata dasar ‘chocolate’ agar makna asal kata tersebut tidak berubah. 


Cadangan padanan bagi istilah chocolatey dalam bahasa Melayu ialah bercoklat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain27.03.2025
terjemah perkataan "LETTER HEAD" ke bahasa malaysia

LETTERHEAD dalam bahasa Melayu ialah KEPALA SURAT. Sekian, Terima kasih.

Lain-lain16.04.2008
apakah terjemahan untuk technopreneurs dalam bahasa melayu. ada pengarang terjemah usahawan-tekno.ada terjemah teknousahawan.Terjemahannya ialah teknousahawan. Penyemakan dan penterjemahan06.01.2009
Apakah terjemah "story arc" dalam bahasa Melayu?Padanan bahasa Melayu bagi istilah story arc ialah alir cerita. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.09.2024
APA TERJEMAH DALAM BAHASA MELAYU PERKATAAN "DATA-DRIVEN DECISION-MAKING"Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi data-driven decision-making ialah pembuatan keputusan berpacukan data.Istilah09.05.2024
Bagaimana terjemah "roti canai double" dan "roti canai triple"?

Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi "roti canai double " ialah “dua keping roti canai” dan "roti canai triple" ialah “tiga keping roti canai”.

Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya.

Penyemakan dan penterjemahan21.05.2024
Sila terjemah bahasa Inggeris di bawah ke bahasa Malaysia 1) Distilled monoglycerides 2) Mono- and diglycerides of fatty acids (E 471) 3) Alpha- Tocopherol ( E 307 ) 4) Citric acid esters of mono- and diglycerides ( E 472c )Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

1. Distilled monoglycerides - monogliserida suling
2. Mono- and diglycerides of fatty acids - asid lemak monogliserida dan digliserida
3. Alpha- Tocopherol -  alfa-tokoferol
4. Citric acid esters of mono- and diglycerides - ester asid sitrik monogliserida dan digliserida

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Penyemakan dan penterjemahan18.10.2022
Bagaimana terjemah 'roger and out'? Terima kasih.

Maksud secara ringkas untuk “roger and out” ialah  “difahami dan selesai/habis”. Hal ini membawa erti bahawa berita atau perkara yang telah disampaikan oleh pihak yang menyampaikan telah difahami oleh penerima dan perbualan/perbincangan telah selesai. Dalam tatacara radio untuk bahasa Melayu"roger and out" atau "roger out" ialah "terima habis".

Istilah16.07.2022
12345678910...

Kembali ke atas