bolehkah pihak DBP menyemak yang mana satu merupakan ejaan betul? 1) Menafsir/mentafsir 2) nanas/nenas(sbb nenas pun ada di kamus juga) Terima kasih DBP | 1. Kata terbitan yang betul ialah mentafsir. Tafsir ialah perkataan Arab sama seperti terjemah (menterjemah) dan kata terbitan daripada tafsir tidak mengikut rumus pembentukan kata bahasa Melayu. 2. Ejaan yang betul ialah nanas. Entri nenas ada dalam Kamus DBP, dan diberi tanda anak panah kepada perkataan di hadapannya, iaitu nanas. Ini bermakna pembaca perlu merujuk perkataan di hadapannya. | Ejaan | 10.04.2022 |
Adakah DBP menyediakan perkhidmatan menterjemah Bahasa Inggeris ke Mandarin? | Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2019 |
Saya ingin bertanya apakah istilah terjemah terbaik untuk biochar atau biological charcoal? Adakah saya boleh terjemah kepada arang biologi? Atau terus mengambil kata asalnya biochar? | Kami bersetuju dengan pandangan tuan untuk menterjemah biology charcoal kepada arang biologi. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.10.2014 |
Salam, Saya ada soalan mengenai pernerbitan buku yang di terjemah. Saya ada berminat untuk menterjemah sebuah buku akademik. Siapa yg perlu sy hubungi dan prosedur yang sepatutnya. Terima kasih | Untuk maluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengendalikan lagi tugas menterjemah buku. Fungsi berkenaan telah diambil alih oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Mohon tuan hubungi pihak yang berkenaan. Alamatnya ialah seperti yang berikut: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 30.05.2013 |
1. Apakah maksud menterjemah? 2. Bahasa sumber adalah? 3. Menurut Abdullah hussain (1970), perkataan kamus berasal daripada apa? 4. Secara keseluruhan edisi terkini kamus dewan memuatkan berapa jumlah kata?, kata majmuk berapa?, terbitan?, tunggal? 5. Siapakah yang menyusun kamus eka yang pertama? 6. Perkataan dansa, nahkoda, seluar, serunai, baju dan mohor berasal dari mana? 7. Maksud transkripsi 8. Menurut Hartimurti (1974), kitab pengetahuan bahasa tidak dapat dianggap sebagai kamus murni melainkan dianggap sebagai kamus jenis apa? 9. Kamus dewan edisi terkini diterbitkan bila, berapa jumlah entri? 10. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan. Proses ini adalah? 7. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat terjemahan bermaksud hasil daripada menterjemah. Terjemah bermaksud memindah daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Transkripsi bermaksud skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan trengkas atau rakaman. Kamus Dewan Edisi terkini diterbitkan pada tahun 2005. untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Tingkat 23, Menara DBP. | Makna | 30.01.2008 |
BAGAIMANA UNTUK TERJEMAH SURAT DARIPADA BAHASA MELAYU KEPADA BAHASA INGGERIS | Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk menterjemah dokumen, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-emel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.08.2016 |
Saya mempunya buku berbahasa Jepun yang ingin saya terjemah kepada Bahasa Melayu. Bolehkah DBP menerbitkan buku terjemahan saya nanti? Apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil? Untuk pengetahuan saya juga telah menterjemah buku yang sama ke Bahasa Inggeris dan telah diterbitkan oleh Taylor & Francis Group pada 2011. | Untuk urusan penerbitan buku terjemahan, bolehlah hubungi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang bertanggungjawab untuk menterjemah dan menerbitkan buku dalam pelbagai bahasa. | Lain-lain | 13.05.2013 |
saya ingin untuk menterjemah sebuah buku Bahasa Inggeris terbitan Luar Negeri ke dalam Bahasa Malaysia. Apa perlu saya buat. Perlukah saya meminta kebenaran dari penulis nya dahulu. Bagaimana hendak mengetahui samaada buku itu sudah pun di terjemahkan kedalam Bahasa Melayu sebelum ini? | Tentang terjemahan, perlu mendapatkan izin terjemah dan terbit daripada penerbit asal. Tentang sama ada buku telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, perlu dinyatakan judul asal buku berkenaan. | Lain-lain | 17.11.2007 |
Menterjemah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu: 1.Our Vision - To be an innovative value added energy solutions provider. 2.Our Mission - To provide the cleanest, safest, cost effective and reliable energy solutions to the nation. 3. Join us in creating the future of clean energy. | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2016 |
Salam Sejahtera, Saya bertugas di unit Penerbitan, Bhgn Komunikasi dan Media, MIDA. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat membekalkan maklumat mengenai kadar penterjemahan yang digunakan oleh pihak DBP dalam menterjemah brosur bahasa Inggeris kepada bahasa-bahasa lain. Adakah kadar berikut masih digunapakai? Terjemahan Bahasa Malaysia kpd Bahasa Asing - Teknikal rm0.15/kata, Umum/Kreatif rm0.12/kata dan Terjemahan Bahasa Asing kpd Bahasa Malaysia - Teknikal rm0.12/kata, Umum/Kreatif rm0.10/kata. Terima kasih atas kerjasama pihak tuan. | Saudara Salmi, Untuk mendapatkan kadar perkhidmatan penterjemahan, sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau e-mel www.itnm.com.my atau hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381 atau e-mel terjemah@tm.net.my. | Lain-lain | 17.07.2009 |