Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.je.ma.han] | ترجمهن

Definisi : 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.je.ma.han] | ترجمهن

Definisi : sesuatu (kar­ya dll) yg su­dah diterjemahkan; hasil menterjemahkan se­suatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjemah
Kata Terbitan : menterjemah, terjemahan, penterjemahan, penterjemah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sejarah Terjemahan Malaysia : a) Terjemahan Zaman Pengaruh India b) Terjemahan Zaman Pengarauh Islam c)Terjemahan Zaman Penjajahan d)Terjemahan Zaman Pascs Kemerdekaan i) Pejabat Karang Mengarang ii) Dewan Bahasa dan Pustaka iii) Institut Penterjemah Negara Malaysia iv) IPTA Peranan dan contoh-contoh karya yang diterjemahkan. e)Akta Pelajaran Kebangsaan dan terjemahan buku teksSaudara boleh mendapatkan bahan tentang judul-judul tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia terutama tentang judul terjemahan.Lain-lain01.09.2007
Mohon penjelasan terjemahan bagi istilah "baton". Saya dapati terjemahan Khidmat Tesaurus atas talian DBP bagi istilah tersebut ialah 'baton', sedangkan terjemahan ke bahasa Melayu dalam Kamus atas talian Dr Bhanot's ialah 'cota'. Dalam hal penggunaan bahasa terjemahan, saya lebih cenderung untuk mengurangkan penggunaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Boleh saya tahu kenapa DBP tidak menggunakan 'cota' sebagai terjemahan untuk istilah 'baton'? Terima kasih.Baton bermaksud (i) kayu pendek yang diawa dan diserahkan oleh seorang pelari kepada pelari yang lain dalam pertandingan lari berganti-ganti; (ii) tongkat kecil yang digunakan oleh pemimpin orkestra untuk memberi arahan kepada pemuzik. manakala cota ialah kayu pendek dan berat yang digunakan sebagai senjata, belantan dan martil.Makna19.07.2009
Sila terangkan perbezaan antara 'web page' dan 'webpage'. Jika dirujuk kepada terjemahan DBP, terjemahan bagi 'webpage' adalah 'lelaman web', manakala bagi 'web page' jawapannya adalah 'laman web. Terima kasih.Web page sama dengan webpage dan padanan dalam bahasa Melayu ialah laman web. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Istilah31.01.2013
Apakah terjemahan bagi "chemical specialty"? Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'kimia terkhusus'? Apakah pula terjemahan bagi "excludable" dan "excludable goods"? Adakah terjemahan berikut sesuai untuk setiap frasa berikut: utility lever : tuil penggerak nilai kebergunaan noncustomers : golongan bukan pelanggan price corridor for the mass : koridor harga untuk orang ramai strategic pricing : penentuan harga strategik target costing : penentuan kos sasaran professional lighting industry : industri pencahayaan profesional

Cadangan terjemahan bagi istilah "chemical speciality" ialah "pengkhususan dalam bidang kimia" atau "kimia khusus" bergantung pada konteks dan situasi.

Cadangan terjemahan bagi "excludable" ialah "boleh kecuali" dan "excludable goods" ialah  "barangan yang boleh dikecualikan". Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah mengikut konteks dan situasi.

Bagi soalan berikutnya, sila susun dan senaraikan dengan betul untuk memudahkan pihak kami menjawabnya.

Istilah11.12.2009
1. Apakah strategi/gaya/kaedah terjemahan yang disarahkan kepada penterjemah DBP untuk menterjemah teks sains dan teknikal? 2. Apakah piawai penilaian kualiti penerbitan hasil terjemahan teks sains dan teknikal oleh penerbit DBP?Prinsip terjemahan buku sains dan teknologi sesuai dibuat secara terjemahan langsung. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk maklumat lanjut. Tel.: 03-41497210, faks : 03-41432939.Lain-lain17.01.2008
Mohon untuk mendapatkan terjemahan dalam bahasa melayu perkataan/ayat dibawah sebagai penggunaan untuk terjemahan corporate brochure kami. "Knowledge sharing is power"Tidak ada terjemahan khusus untuk frasa seperti ini. Terjemahan frasa ini bergantung pada konsep frasa tersebut. Secara umum knowledge sharing bermaksud perkongsian pengetahuan dan power boleh bermaksud kuasa atau tenaga. Sila berikan konsep frasa tersebut sekiranya puan memerlukan cadangan daripada pihak kami.Lain-lain18.06.2012
Terjemahan untuk "certification", "pensijilan" atau "persijilan"?Padanan bahasa Melayu bagi certification ialah pensijilan.Ejaan25.10.2013
terjemahan mana yang betul bagi "minor building works" kerja bangunan kecil atau kerja kecil bangunanUntuk makluman, istilah "minor building works" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kerja kecil bangunan.Istilah05.08.2013
Terjemahan: 1.MicrofibreIstilah bahasa Melayu untuk "microfibre" ialah mikrogentian atau mikroserabut.Istilah14.05.2013
Terjemahan: 1. Nation building 2. Nation stateUntuk makluman, terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk "nation building", iaitu pembangunan negara (bidang Ekonomi), pembangunan bangsa (bidang Antropologi) dan pembinaan bangsa (bidang Sosiologi). Istilah bahasa Melayu untuk "nation state" ialah negara bangsa.Istilah14.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas