1. Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini
2. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang, kedua-duanya boleh digunakan
3. Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar. - pecah bermaksud berbelah-belah menjadi kecil-kecil, oleh itu, pecah tidak sesuai dalam ayat ini.
4. Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa. - peribahasa ini tiada dalam sumber rujukan kami
5. Anak tekak atau anak lidah ialah daging yang terjuntai pd pangkal kerongkong.
6. Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu.
7. Meredah gerimis senja bermaksud menempuh hujan yang menitik halus-halus pada waktu senja.
8. Talam dua muka bermaksud bermuka dua atau munafik.
Thanks for clicking. That felt good.