Dengan imbuhan kata kerja pasif di-, ber-, ter-, ke-…-an, ter-…-kan, dan ter-…-i. Contoh: 1.Lelaki itu kemalangan. 2.Kelazatan makanan itu tak terkatakan. Bagaimana kita nak tukar jadi ayat aktif. Boleh kongsi jawapan. | 1. Kemalangan menimpa lelaki itu. 2. Makanan itu kelazatan tidak terkata. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah perkataan 'Kekata' sudah mantap atapun digunakan dalam bahasa Melayu? Contoh ayat di bawah: "Kekata 'Himpunan atapun "Koleksi" tidak wajar digunakan sebagai permulaan tajuk buku." Sekian, Terima kasih. | Perkataan kekata tidak wujud dalam bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, kata terbitan daripada perkataan kata:sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan. Kata ganda separa kekata tidak wujud. | Istilah | 16.05.2017 |
Saya baru-baru ini menggunakan perkataan kelu untuk jari yang tak mampu meluahkan kata-kata melalui tulisan. Bagi saya, perkataan kelu sudah wajar diperluaskan untuk maksud hajat meluahkan kata-kata yang tertahan baik dari segi lisan mahupun penulisan. Memandangkan zaman sekarang media elektronik sudah semakin berpengaruh, penyampaian kata-kata dan perhubungan sudah semakin digital dan melebihkan tulisan berbanding lisan. Keadaan kelu tak mampu berkata sepatutnya turut boleh digunapakai untuk jari yang tak mampu menaip atas sebab hati yang tak yakin. | Kami menerima pandangan tuan. Sehingga hari ini, kami masih memegang Kamus Dewan sebagai panduan iaitu kelu bermaksud . tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yang ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebabkan tidak dapat berkata-kata; ~ diri mendiamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul. | Tatabahasa | 20.07.2013 |