Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terkecil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Walaupun Osman tergolong antara pemain terkecil dalam pasukannya namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. kata tergolong dan antara dalam ayat di atas betul atau tidak? atau yg salah ialah kata terkecil?tqAyat yang lebih tepat ialah "Walaupun Osman tergolong dalam pemain terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain."Tatabahasa03.10.2013
Apakah perbezaan antara morfem dan kata, morfem bebas dengan morfem terikat?Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan ajar, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan mengajar pula mengandungi dua morfem, iaitu meng- dan ajar.

Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.
Tatabahasa18.09.2013
Salam, apakah nama kucing terkecil di dunia, Rusty-spotted cat (nama spesies: Prionailurus rubiginosus)? Cadangan saya adalah kucing berbintik karat. Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies kelompok kucing belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian.Lain-lain16.04.2024
Selalunya perkataan "satuan" digunakan untuk menunjukkan satu unit terkecil. Boleh tak saya nak guna perkataan "satuan" untuk menunjukkan gabungan beberapa unit hingga membentuk struktur terpadu?Perkataan satuan boleh digunakan bagi contoh ayat tersebut.

Tatabahasa11.02.2021
Apakah perbezaan antara morfem dan kataMorfém (Lin) ialah satuan terkecil dlm bahasa yg mempunyai erti atau fungsi tertentu sementara kata (Lin) ialah gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu.Makna14.09.2007
maksud minimum,upah minimumMaksud minimum ialah bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali; meminimumkan =  mengurangkan  ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yang tidak dapat dielakkan; peminimuman  = perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke tahap paling ren­dah. Maksud upah minimum ialah kadar upah paling rendah atau paling sedikit.Makna16.09.2010
Hello Khidmat Nasihat DBP Saya ingin mengetahui sama ada ayat-ayat di bawah ini gramatis/betul atau tidak. 1. Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. 2. Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termenterai dari awal lagi. 3. Supaya jawapan tidak terpesong, kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan. Pihak tuan/puan BELUM menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Terima kasih

1.     Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain.

 

2.     Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termeterai dari awal lagi.

 

3.     Supaya jawapan tidak terpesong, kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan.

Tatabahasa12.10.2013
Apakah perbezaan di antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi bahasa Melayu?Fonem bermaksud unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata dan alofon bermaksud bunyi yang berlainan yang terhasil daripada satu fonem (bunyi).Makna26.05.2012
Yang mana satu betul Minima atau Minimum ?

Yang betul ialah minimum yang membawa maksud; (bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali.

Makna03.07.2009
Mana satu betul? minima atau minimum? Terima kasihYang betul ialah minimum yang membawa maksud; (bilangan, banyak, dan lain-lain) yang terkecil atau sedikit sekali.Istilah13.05.2016
123

Kembali ke atas