Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.mu.ka] | ترکموک

Definisi : terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.mu.ka] | ترکموک

Definisi : diketahui umum; terkenal; ternama: Dlm bidang ekonomi, beliau memang ~ di Malaysia ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Signature ProjekProjek TerkemukaLain-lain20.05.2009
yang manakah betul? Aristotle atau AristotelesAhli falsafah Greek yang terkemuka ialah Aristotle.Lain-lain07.05.2015
assalamualaikum tuan.saya ingin bertanya apakah konsep bahasa mesra menurut tokoh-tokoh terkemuka kerana saya memerlukan konsep bahasa mesra tersebut untuk menyiapkan kerja kursus bahasa melayu saya.terima kasih.

Pusat Dokumentasi Melayu,DBP memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa,sastera dan budaya. Jika  saudara berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu,DBP saudara boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran dikenakan sebanyak RM20 untuk keahlian setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 yuran kehalian untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudara boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3,Blok Podium, Menara DBP.

Lain-lain07.07.2017
Puteri raja itu akan menghadiri majlis makan malam diraja yang diadakan di sebuah hotal terkemuka. soalan saya ialah kenapa kesalahan bahasa adalah makan malam. jika benar kesalahan bahasa adalah makan malam, apakah parkataan yang paling sesuai digunakan di sini? bolehkan perkataan makan malam diganti dengan makan kawah?Bahasa diraja untuk makan ialah santap. Oleh yang demikian perkataan yang sesuai digunakan ialah majlis santapan malam. Perkataan makan kawah tidak boleh digunakan kerana perkataan ini bukan bahasa diraja. Tatabahasa29.05.2008
CELCOM ATAU XPAXX-PAX merupakan nama produk manakala Celcom ialah nama sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia. Boleh pilih salah satu logo tersebut untuk digunakan dalam visual iklan.Lain-lain20.01.2018
Boleh kah saya menggunakan perkataan Omega dalam pilihan nama untuk pusat tuisyen?

Saudara,

Makna perkataan omega ialah  huruf ke-24 (terakhir) dlm abjad Yunani. Dalam konteks lain, perkataan omega merupakan jenama terkemuka bagi jam. Dalam konteks penamaan terutamanya penamaan pusat tuisyen, biasanya nama-nama yang menunjukkan kebijaksanaan, keilmuan atau berbentuk akademik sesuai digunakan. Dalam hal ini jika puast tuisyen tersebut disamakan dengan taraf terkemuka maka perkataan omega bolehlah digunakan. 

Makna05.08.2010
Contoh bagaimana untuk menulis tentang watak protagonis dalam novel Lamunan Puitis?Watak protagonis ialah watak utama dalam sesuatu cerita, drama;  penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dan sebagainya. Novel Lamunan Puitis mempunyai trilogi yakni mengandungi tiga novel dalam satu buku.

Kisah pertama bertajuk "Sebuah Mimpi Hari Tua" mengisahkan sebuah keluarga yang teringat akan orang tua di kampung. Mengenang kembali akan sawah yang sudah tidak diusahakan lagi.  Novel kedua bertajuk "Titipan" mengisahkan tentang kenangan watak utama dengan ibunya. Novel yang terakhir bertajuk "Embun". Mengisahkan tentang watak dan sifat embun dan kaitannya dengan sifat hujan. Kisah embun yang mencari jati diri dan cuba memisahkan diri dari 'jemaah hujan'.


Saudara boleh menceritakan watak utama dalam ketiga-tiga novel tersebut berdasarkan perwatakan yang dibawa oleh watak utama.  Watak atau sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): yang ditunjukkan oleh watak protagonis.

Saudara juga boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Sastera DBP untuk lebih lanjut melalui e-mel iaitu hanafi@dbp.gov.my  selain membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, buku rujukan dan lain-lain.

Sastera26.02.2013
Nama-nama syarikat minyak seperti 1. ESSO 2. PETRONAS 3. CALTEX 4. MOBILE 5. SHELL perlukah ditulis dengan huruf besar sekiranya dalam ayat. contoh: "... syarikat minyak terkemuka iaitu ESSO, PETRONAS, CALTEX, MOBILE, dan SHELL ..." mohon pencerahan.. 
Nama stesen minyak merupakan kata nama khas. Ejaan yang standard bergantung pada nama yang berdaftar.
Ejaan23.03.2017
Apakah yang dimaksudkan dengan wawancara? Apakah perbezaan antara wawancara dengan forum dan dialog?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat wawancara bermaksud soal jawab antara wartawan dsb.dengan orang yang terkemuka dll. untuk mendapatkan keterangan atau pandangan untuk disiarkan.  

Forum bermaksud perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam.

Dialog bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya.

Daripada keterangan di atas diharap saudara dapat melihat perbezaan antara ketiga-tiga perkataan tersebut. Wawancara melibatkan dua orang, iaitu wartawan dan orang yang diwawancara. Forum dan dialog melibatkan sekumpulan orang atau panel.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat .  

Makna30.01.2008
1. Banjir kilat melanda beberapa buah kawasan perumahan itu sejak belakangan ini membimbangkan penduduk. (jawapan yang diberikan oleh buku rujukan ialah 'sejak' tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, apakah kesalahannya) 2. Antara atlit yang terkemuka di negara kita pada masa ini termasuklah Dato Nicol David, Dato Lee Chong Wei dan Shalim Zulkifli. (apakah kesalahan ayat itu) 3.Pihak kerajaan akan memperkosa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dari semasa ke semasa. (adakah ayat itu salah) terima kasih.

1. Frasa sejak belakangan tidak boleh digunakan secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja. 

2. Kesalahan ejaan atlit. Ejaan yang betul ialah atlet. 

3. Kesalahan perkataan memperkosa. Perkataan yang betul ialah memperkasakan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui makna perkatan memperkosa dan memperkasakan. 

Tatabahasa28.09.2009
12

Kembali ke atas