1.Pokok itu telah tumbang dan ........bumbung rumah Ali. A.terkena B. mengenai A atau B yg lebih tepat. Tq | Perkataan yang betul dalam ayat yang diberikan ialah, terkena kerana membawa maksud tersentuh pada. | Tatabahasa | 14.05.2019 |
Salam sejahtera ! 1. Tangan Jeff luka akibat terkena barang yang tajam ketika membelah kelapa. Soalan ; Adakah ayat di atas betul ? Terima kasih. | Dari aspek tatabahasa, ayat ini betul. Dari aspek makna perkataan “barang” yang tajam kurang tepat dan boleh digantikan dengan “parang”. | Tatabahasa | 12.03.2014 |
1) Antara perkataan sabung-menyabung dan sambar-menyambar, yang mana satu penggunaannya paling sesuai dalam ayat berikut. - Hari itu hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung/sambar-menyambar. 2) Adakah penggunaan kesat dalam ayat berikut betul? - Kaki Zaki kesat kerana terkena lumpur di paya itu. - Tolong kesat meja yang berhabuk itu dengan segera. - Saya kurang puas kerana meja yang baru dibeli ini kesat. | 1) Hari itu hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung. 2) Kaki Zaki kesat kerana terkena lumpur di paya itu. (Tidak sesuai) Tolong kesat meja yang berhabuk itu dengan segera. (Betul) Saya kurang berpuas hati kerana meja yang baru dibeli ini kesat. (Betul) | Tatabahasa | 18.03.2013 |
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus | 1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut 3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran .... 4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana tiada alasan kukuh. Bolehkah pihak DBP memberikan alasan atau sebab kenapa ayat ini betul. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. a) Kenapakah perkataan 'dilibas' betul sedangkan kipas siling itu sedang berputar dan ia benda yang tidak hidup. Kalau manusia atau benda hidup barangkali betul sebab 'pelaku' kepada perbuatan itu. b) Jika penggunaan istilah 'libas' itu betul mungkinkah penggunaan istilah 'libasan' atau 'terlibas' lebih sesuai? Mohon penjelasan. Terima kasih :-) | Pendapat tuan boleh diterima kerana dilibas bermakna pelaku melakukan perbuatan melibas. Perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan dilibas ialah frasa terkena libasan kipas. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya terkena libasan kipas angin kerana berdiri di atas meja.
| Tatabahasa | 21.07.2013 |
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu. | Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
Saya kurang pasti dengan kesalahan bagi ayat-ayat di bawah: 1) Pada pendapat saya, perlaksanaan Program Kaunseling Rakan Sebaya sangat berkesan untuk melatih jati diri remaja. Kesalahan 1: Perlaksanaan menjadi pelaksanaan Kesalahan 2: ? 2) Encik Majid memperlahankan keretanya apabila sampai di kawasan sekolah untuk mengelakkan keadaan merbahaya yang mungkin akan berlaku. Kesalahan 1: Mengelakkan menjadi mengelak? Kesalahan 2: Merbahaya menjadi berbahaya | Untuk makluman, perkataan yang tepat untuk kedua-dua ayat tersebut: 1. Pelaksanaan yang bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan sebagainya. Manakala, perlaksanaan tidak tepat kerana membawa makna hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya) 2. Mengelakkan bermaksud: 1. menghindarkan diri (daripada terkena pukulan dan lain-lain); 2. melarikan diri daripada mengerjakan sesuatu. 3. Berbahaya yang bermaksud ada bahaya, boleh mendatangkan baha dan dalam (terancam oleh) bahaya. Merbahaya tidak tepat kerana membawa maksud marabahaya, iaitu bermacam-macam bencana atau bahaya
| Tatabahasa | 01.04.2017 |
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
Tuan, saya berharap bantuan dapat tuan berikan kepada saya. 1) memberi harus diikuti dengan penerima (lokatif) tetapi dalam kamus dewan perkataan memberi digunakan untuk benefaktif juga. Contohnya, memberi salam, memberi pinjam, dan sebagainya. Dalam definisi 'memberi' kamus pelajar edisi kedua yang ketiga pula ialah seperti yang berikut: 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita Tuan, sila bantu saya. 2) Selain itu, kata hubung 'akan tetapi' digunakan dengan salah kerana perkataan itu tidak wujud. Tolong jelaskan. 3) Dalam sebuah buku, frasa 'jus buahan' digunakan. Walaubagaimanapun, sejak kecil lagi kami belajar tentang jus buah-buahan. Dalam kamus tiada perkataan buahan kerana buah-buahan ialah kata ganda berimbuhan. Tolong saya dalam pemahaman begitu. | 1) Dalam buku Tatabahasa Dewan, awalan kata kerja meN- (termasuklah me- seperti dalam memberi) membentuk kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Sebagai kata kerja aktif transitif awalan meN- menerima objek selepasnya seperti membaca buku dan menendang bola. Kata kerja aktif tak transitif tidak memerlukan objek selepasnya, seperti ombak memutih dan adik menangis. 2) Akan tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan, maka penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks ayat tersebut. 3) Frasa yang betul jus buah-buahan. | Tatabahasa | 08.03.2014 |
Assalamualaikum, Sebahagian ayat berikut, saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Pertanyaan saya ialah, perkataan kena dalam setiap ayat tersebut tergolong dalam golongan kata apa? Sekian, terima kasih. 1. Lututnya luka kerana kena serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi. 2. Tikamannya itu kena pada bahu lawannya. 3. Dilemparkannya sebiji batu kena kepala anjing itu. 4. Semua jenis minuman keras kena cukai baharu. 5. Budak itu kena pukul oleh kumpulan pelajar nakal di sekolahnya. 6. Kalau kena harganya saya jual juga rumah ini | Ayat 1 hingga 4 ialah kata kerja, namun bukanlah dalam binaan yang gramatis kerana tidak diletakkan imbuhan seperti terkena serpihan kaca dan dikenakan cukai. Ayat 5, perkataan kena ialah kata kerja pasif. Ayat 6 lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis "kalau berpatutan harganya ...". | Tatabahasa | 15.03.2017 |