assalamualaikum,admin boleh saya bertanyakan mengenai pengunaan darjat kebesaran ? saya sentiasa keliru `perlukah kita meletakkan Tan sri dato seri ahmad albab' ataupun hanya perlu meletakan ~Tan Sri Ahmad Albab~ ini kerana jika sy tidak terkhilaf meletakan perkataan Tan sri sahaja sudah cukup kerna Tan Sri adalah pengurniaan dari yang Di-pertuan Agung ..mohon admin bantu saya | Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, seperti nama YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ dan Tan Sri Dato' Seri Ahmad Albab. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
Assalam. Maaf, saya ingin komen tentang info unsur kimia pada ketumpatan dalam Kamus Dewan Perdana. Rasanya semua salah unsur kimia mengenai ketumpatan, contohnya Litium ketumpatannya 0.53 kg/m3, sepatutnya 0.53 g/cm3 atau 530 kg/m3. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Maklumat tentang ketumpatan unsur kimia ialah salah satu maklumat tambahan yang dimasukkan ke dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020). Usaha ini merupakan langkah awal pemasukan maklumat sains ke dalam penyusunan entri bagi kamus umum terbitan DBP. Selepas disemak, tidak semua ketumpatan unsur kimia itu salah, misalnya hidrogen dan helium (dalam kg/m3). Pihak kami akan membetulkan ralat bagi ketumpatan unsur kimia yang terkhilaf (dalam bacaannya kg/m3) dalam penerbitan KDP edisi seterusnya. Keprihatinan tuan adalah sangat kami hargai. | Lain-lain | 24.07.2021 |