apakah isu bahasa melayu yang terkini? | Isu terkini ialah isu bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains Matematik, bahasa rojak dan bahasa sms. | Lain-lain | 13.02.2008 |
Cikgu, ayat di bawah yang manakah adalah betul? Halaman berapa Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang harus saya rujuk berkait dengan soalan ini? 1. Album terkini Taylor Swift iaitu "Single 22" telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. 2. Album Taylor Swift "Single 22" yang terkini...... 3. Album Taylor Swift terkini "Single 22"...... 4. Album terkini "Single 22" Taylor Swift...... 5. Album Taylor Swift "Single 22" terkini...... (telah gugurkan "yang" dalam ayat 2) Tolong berikan penerangan dan rujukan halaman Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Saya sangat berterima kasih atas usaha DBP. | Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Album terkini Taylor Swift, iaitu Single 22 telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
Format terkini berkenaan cara penulisan minit mesyuarat yang terkini yang dikeluarkan oleh DBP ? Mohon email jika ada . TK | Untuk makluman saudara, format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format penulisan minit mesyuarat adalah bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Format minit bagi setiap mesyuarat masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk maklumat lanjut. Sebagai maklumat tambahan, sila rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. | Lain-lain | 10.05.2012 |
gaya terkini untuk membawa tunai | Mohon tuan jelaskan soalan yang ingin dikemukakan. | Lain-lain | 24.01.2019 |
pengujian terkini 3/01/2019 | selesai | Lain-lain | 03.01.2019 |
Akronim terkini bagi pengajaran dan pembelajaran | Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, frasa "Pengajaran dan Pembelajaran" ditulis penuh. Bagaimanapun, jika ada keperluan meringkaskan frasa tersebut, ejaan yang betul ialah "PdP" kerana dari segi ilmunya dalam penulisan perkataan tidak digabungkan dengan simbol, seperti ejaan P&P dan PnP lebih mirip kepada sebutan dalam bahasa Inggeris (and).
| Tatabahasa | 16.05.2017 |
Ejaan terkini yang diguna pakai bagi perkataan "seperti mana" atau "sepertimana". Pohon pencerahan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah 'sepertimana'. | Ejaan | 16.07.2014 |
ejaan terkini utk: 1. perlaksanaan 2. trampil 3. fasalitas | 1. Perlaksanaan = pelaksanaan 2. Trampil = terampil 3. Fasalitas = Kemudahan | Ejaan | 24.07.2013 |
Istilah terkini untuk OKU? | Puan Marina, Istilah bagi seseorang yang mengalami kekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pada anggota badan, misalnya buta, pekak, kudung dan sebagainya akan dipanggil "Orang Kurang Upaya" atau singkatan OKU. | Istilah | 28.06.2009 |
apakah ejaan terkini bagi perkataan insya-Allah/ in sya Allah? mohon semakan tq | Ejaan yang betul insya-Allah | Ejaan | 04.05.2016 |