berapakah kosa kata dalam bahasa malaysia | Tidak terkira banyaknya. Kosa kata bahasa Malaysia bertambah dari hari ke hari. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain kita tidak akan dapat satu bilangan yang tepat berapa jumlah kosa kata yang ada. | Lain-lain | 21.10.2009 |
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?) | 1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung. 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan. 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur. 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
Assalamualaikum Wbrt. Tuan Mohon tanya sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan) 1)Apabila ayah pulang sahaja dari pejabat, adik bongsu kami segera mendapatkannya. 2)Beberapa orang askar yang belot terhadap kerajaan akan dihadapkan di mahkamah tidak lama lagi. 3)Jumlah mangsa yang terkorban dalam kemalangan feri di Pulau Tioman baru-baru ini tidak terkira ramainya. Atas kerjasama tuan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekia, terima kasih. Terima kasih. Izani b. Hj. Daud | Penggunaan kata sendi nama dalam ayat pertama dan kedua kurang tepat, manakala penggunaan kata sendi nama dalam ayat ketiga adalah tepat. | Tatabahasa | 13.06.2012 |