| Saya Safeena Marga Pitaksuksan Pelajar Universiti Fatoni Selatan Thailand ingin bertanya DBP maklumat tentang pengaruh Bahasa Arab | Ya, bahasa Melayu memang berkait rapat dengan bahasa Arab. Banyak kata-kata Arab terserap dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-13 lagi sejak penemuan batu bersurat Terengganu. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu merupakan pengaruh terkuat kemasukan/peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu. Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa". | Lain-lain | 28.01.2017 |
| Saya Safeena Marga Pitaksuksan Pelajar Universiti Fatoni Selatan Thailand ingin bertanya DBP tentang Pengaruh Bahasa Arab Terimakasih | Ya, bahasa Melayu memang berkait rapat dengan bahasa Arab. Banyak kata-kata Arab terserap dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-13 lagi sejak penemuan batu bersurat Terengganu. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu merupakan pengaruh terkuat kemasukan/peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu. Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa". | Lain-lain | 28.01.2017 |
| ADAKAH BAHASA MELAYU BERKAIT RAPAT DENGAN BAHASA ARAB??? HARAP DAPAT DIJAWAB DENGAN SEGERA.... TERIMA KASIH. | Ya, bahasa Melayu memang berkait rapat dengan bahasa Arab. Banyak kata-kata Arab terserap dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-13 lagi sejak penemuan batu bersurat Terengganu. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu merupakan pengaruh terkuat kemasukan/peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 20.04.2009 |
| Salam, saya ingin tahu apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan takut apabila melihat pokok-pokok yang tinggi di dalam hutan. Bolehkah perkataan 'gayat' digunakan untuk menggambarkan perasaan itu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gayat bermaksud takut untuk melihat sesuatu dari atas ke bawah. Tetapi, dalam kes ayat yang saya berikan, perasaan takut itu datang apabila melihat sesuatu yang besar dan tinggi dari bawah. Bolah saudara@saudari jelaskan? Terima kasih. | Tuan/puan boleh menggunakan perkataan "gerun" bagi mengambarkan keadaan di atas. Gerun membawa maksud takut, ngeri, gamang: dia gerun dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~. | Istilah | 23.05.2013 |