Tembok itu terlanggar pada bahagian bawahnya. dan Kotak itu tidak terangkat oleh kami. yang mana satukah ayat di atas ialah ayat pasif? kalau bukan ayat pasif, jenis ayat itu ialah? | Ayat kedua, Kotak itu tidak terangkat oleh kami adalah ayat pasif tetapi oleh sebab ayat tersebut pasif diri pertama harus diubah menjadi "Kotak itu kami tidak terangkat". | Tatabahasa | 08.11.2010 |
Apakah perbezaan "ketika" and "semasa", Rujuk kepada ayat ini. Penunggang motosikal itu terlanggar tembok ( ) cuba mengelak seorang kanak-kanak. a. manakala b. ketika c. semasa d. untuk | Penunggang motosikal itu terlanggar tembok (semasa) cuba mengelak seorang kanak-kanak. | Tatabahasa | 21.08.2008 |
Adakah ayat pasif ini betul? Kerusi itu terlanggar oleh saya. | Ayat ini tidak gramatis. Ayat pasif (dengan kata ganti diri orang pertama) yang gramatis ialah "Kerusi itu saya langgar". Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 491. | Tatabahasa | 16.09.2011 |
Kesemua yang berikut mengandungi kata kerja pasif kecuali A Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi. B Latihan karangan kamu sudah saya semak. C Perompak bank itu kena tembak ketika sedang melarikan diri. D Lori tangki itu terlanggar lembu ketika membelok ke arah stesen minyak. | Ayat berikut bukan ayat pasif; A. Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi.
| Tatabahasa | 17.10.2013 |
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan | 1. Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mempunyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu. 2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok". 3. Gemar ialah kata kerja. 4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai. | Tatabahasa | 01.09.2009 |