Mungkin pihak tuan terlepas pandang untuk menjawab soalan saya pada 24 Mac 2009 (lebih sebulan dahulu). Inilah soalannya: Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog? Terima kasih. | Yang paling sesuai ialah: 1. blog 2. penulis blog 3. Menulis dalam blog 4. Kata memblog belum diterima lagi sebagai suatu istilah, frasa yang boleh dibina ialah antaranyamenulis dalam blog, membaca blog dan mengikuti perkembangan blog. | Tatabahasa | 07.05.2009 |
Salam, Kebelakangan ini saya perhatikan pihak media tidak lagi menggunakan imbuhan 'kan' dalam laporan mereka. Saya tertanya-tanya adakah penggunaan 'kan' sudah tidak diamalkan lagi. Contoh laporan: 1) Sebuah badan khas ditubuh. (Utusan Malaysia: 10/11/10) (Bukankah sepatutnya: sebuah badan khas ditubuhkan) 2) Penganggur dipenjara. (TV3) (Bukankan sepatutnya penganggur dipenjarakan) Harap pihak DBP dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih. | Saudara, Mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang baku dan rasmi, imbuhan meN...kan masih terpakai seperti dalam perkataan menubuhkan/ditubuhkan, memenjarakan/dipenjarakan. Walau bagaimanapun, adakalanya pihak pengguna bahasa tidak begitu teliti atau terlepas perhatian tentang perkara ini kerana terlalu biasa dengan apa yang diamalkan terutamanya dalam bahasa percakapan. | Lain-lain | 10.11.2010 |
Apakah maksud perkataan 'melecut' ? sertakan ayat contoh sekali. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna dan contoh ayat/frasa adalah seperti yang berikut: bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk; melecut1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan; melecutkan1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan; lecutanpukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat; pelecutalat utk melecut, cambuk, cemeti.
| | | | | | |
| Makna | 02.10.2009 |