Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.ta/] | ترلتق

Definisi : 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.ta/] | ترلتق

Definisi : berada (di); duduknya (di): Kaca matanya ~ di atas almari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letak (kata nama)
Bersinonim dengan duduknya, kedudukan, tempatnya, keadaan, diamnya, posisi;,
Kata Terbitan : meletakkan, terletak,

Puisi
 

Gulai umbut pucuk paku,
     Nasi terletak di muka pintu;
Lemah lembut puteri Melayu,
     Bijak memasak menjahit baju.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sambang penuh jala terletak,
     laut kering ikan mengempas.

Bermaksud :

Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat 1 atau 2 yg betul 1.Dusun Pak Ali terletak di dalam hutan itu. 2.Dusun Pak Ali terletak di pinggir hutan itu.Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut betul.

1.Dusun Pak Ali terletak di dalam hutan itu.
2.Dusun Pak Ali terletak di pinggir hutan itu.
Tatabahasa07.10.2015
Salam DBP, Adakah perkataan 'terletak' kata kerja dalam ayat berikut: Bandar Raya Ipoh terletak di Perak Darul Ridzuan. Apakah pola ayat yang betul? FN+FK atau FN+FS?Pola ayat Bandar Raya Ipoh terletak di Perak Darul Ridzuan ialah FN+FK.Tatabahasa17.09.2014
1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting

1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya.

2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting.

Tatabahasa07.07.2011
Antara ayat yang berikut, yang manakah betul.. Ali meniup lilin yang terletak di atas kek. Ali meniup api lilin yang terletak di atas kek. Terima kasih.Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun, penggunaan ayat yang lebih tepat ialah "Ali meniup api lilin yang terletak di atas kek".Istilah19.06.2014
tuan, Saya masih kurang pasti dengan jawapan bahawa pola ayat berikut "Bandar raya Kuching terletak di Sarawak" ialah FN +FN. Bukankah frasa "terletak di Sarawak" itu frasa kerja (FK)?

Puan,

Pola ayat tersebut memang pola FN + FK krana kata 'terletak' ialah kata kerja. Maaf atas kesilapan yang diberikan oleh petugas sebelum ini. 

Tatabahasa11.08.2010
Adakah perkataan 'terletak' merupakan kata kerja?Perkataan 'terletak' ialah kata kerja.Tatabahasa21.02.2011
1)Kereta itu terletak di antara motorsikal dan basikal. 2)kereta itu terletak di antara motorsikal,basikal dan pokok. ada salah?Ayat pertama betul tetapi ayat kedua kurang tepat, kecuali dilukiskan visual yang menunjukkan kedudukan antara ketiga-tiga objek tersebut.Tatabahasa01.06.2012
Contoh ayat: Rumah saya terletak di antara rumah Hassan dan/dengan rumah Ah Beng.Rumah saya terletak di antara rumah Hassan dengan rumah Ah Beng.Tatabahasa24.03.2011
adakah perkataan terlentang wujud? atau hanya telentang dan tertelentang? terima kasih.Ejaan yang betul ialah telentang. Kamus Dewan mentakrifkan telentang sebagai terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telen­tang: Dia ~ badannya di lantai.Tatabahasa16.06.2013
Rumah datuk Safi terletak di negeri Jelapang Padi Malaysia. Adakah betul penggunaan huruf besar di setiap awal perkataan tersebut?Penggunaan yang betul ialah Rumah datuk Safi terletak di negeri jelapang padi Malaysia.Ejaan12.03.2020
12345678910...

Kembali ke atas