Tuan/Puan, ayat manakah yang betul? a) Remaja banyak terlibat dalam gejala sosial. b) Remaja ramai terlibat dalam gejala sosial. | Yang betulnya ialah; 1. Banyak remaja terlibat dalam gejala sosial. 2. Ramai remaja terlibat dalam gejala sosial. | Tatabahasa | 05.10.2008 |
golongan terbabit/terlibat | terbabit=terlibat sama | Tatabahasa | 11.11.2008 |
Salam, apakah kata sendi nama yang betul untuk frasa ini? 1. terlibat dalam gejala sosial 2. terlibat dengan gejala sosial | Frasa yang betul ialah "terlibat dalam gejala sosial". | Tatabahasa | 20.12.2013 |
Minta pencerahan guru-guru sekalian. Mana satu penggunaan yang betul atau lebih gramatis? A) Berapakah orang mangsa yang terlibat? B) Berapa orangkah mangsa yang terlibat? C) Berapakah mangsa yang terlibat? - partikel -kah nak letak di belakang perkataan 'berapa' atau 'orang'? - perlu penjodoh bilangan 'orang' Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut: Berapakah orang mangsa yang terlibat? Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 07.07.2015 |
As salam tuan di talian, Penggunaan kata tanya yang manakah betul dalam ayat di bawah. 1. Berapakah kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gotong- royong itu? atau 2. Berapakah jumlah kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gotong- royong itu? atau 3. Berapa kumpulankah yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong itu? Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Berapakah kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong itu?". | Tatabahasa | 13.11.2014 |
"Remaja terlibat dalam gejala sosial." Frasa "gejala sosial" ini berunsur negatif atau neutral? | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). | Lain-lain | 11.07.2017 |
Assalamualaikum Saya terlibat dengan kajian membuat modul pendidikan STEM. Mohon kerjasama Tuan/Puan untuk menerangkan makna perkataan "Toolkit". | Dalam pangkalan data istilah DBP, istilah "toolkit" terdapat dalam bidang teknologi maklumat. Padanan bahasa Melayu untuk "toolkit" ialah set peralatan. Maksud set peralatan ialah siri fungsi yang membantu pengatur cara dalam pembangunan perisian. | Istilah | 06.08.2016 |
Puan liza terlibat dalam------ pelamin pengantin A susun atur B susun hias | Susun atur atau Kemas hias | Tatabahasa | 05.07.2015 |
assalammualaikum, saya terlibat dalam bidang penyiaran, harap dapat membantu saya dalam penggunaan perkataan yang betul untuk sukan bolasepak. 1. shots 2. corners 3. fouls 4. offsides 5. possessions saya merujuk ke carian kata 1. fouls dieja faul 2. offsides dieja ofsaid tidak menemui carian kata dibawah 3. bolehkah corners dieja sudut apakah perkataan yang tepat untuk 4. shots 5. possessions harap dapat membantu saya terima kasih | Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut: 1. shots - sepakan/tendangan 2. corners - sudut/penjuru 3. fouls - faul 4. offsides - ofsaid 5. possessions - menguasai Untuk makluman tuan, perkataan ini hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya khususnya penggunaannya dalam ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.02.2015 |
penggunaan simbol sengkang ( / ) selepas penggunaan sengkang perlu jarak atau tidak perkataan berikutnya. contoh: 1. jabatan/ agensi yang terlibat. 2. jabatan/agensi yang terlibat. antara 2 contoh di atas yang mana betul? | Tanda (/) atau dikenali sebagai Tanda Garis Miring yang berfungsi sebagai pengganti kata "atau" tidak perlu dijarakkan, contohnya jabatan/agensi yang terlibat, | Lain-lain | 22.03.2011 |