Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk Bukit Merah, jadi saya berpatah di jalan masuk Alor Pongsu untuk datang ke sini. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah Saya terlepas susur keluar Bukit Merah. Jadi, saya keluar di susur keluar Alor Pongsu dan patah balik ke Bukit Merah. | Tatabahasa | 23.09.2022 |
sebelum terlupa, perkataan Persiaran ini paling sesuai digunakan di mana? samada jalan kawasan perumahan kelebaran 40' ataupun jalan-jalan utama kelebaran 66' dan ke atas. | DBP tidak mempunyai maklumat yang diperlukan . DBP hanya boleh memberikan maksud perkataan "persiaran" yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu tempat (kawasan, jalan dan sebagainya) bersiar atau bersiar-siar. | Istilah | 14.10.2016 |
Maaf, saya terlupa memberi catatan bahawa soalan kedua saya tentang Teras Insaniah juga dipetik daripada buku yang berjudul ' Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia ' oleh A. Aziz Deraman. Terima Kasih. | Kami ambil maklum maklumat tersebut. | Lain-lain | 04.12.2014 |
Salam sejahtera! Haruskah "nya" dicantumkan dengan perkataan di depan? Ayat contoh: Dia terlupa membawa iPhonenya atau dia terlupa membawa iPhone nya? Saya ingin tahu terutama sekali jika perkataan di depan "nya" adalah jenis kata nama khas. Terima kasih! | Untuk makluman, “nya” merupakan kata ganti nama diri ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, kecuali jika merujuk kepada Allah kerana pada perkataan tersebut perlu diletakkan sempang, iaitu ‘-Nya’. Sehubungan dengan itu, contoh ayat yang betul ialah “Dia terlupa membawa iPhonenya.” | Tatabahasa | 11.08.2020 |
Saya terlupa bahawa saya meletakkan beg saya di rumah. Ayat ini betul ke? | Ayat ini betul: Saya terlupa bahawa saya meletakkan beg saya di rumah. | Tatabahasa | 09.12.2022 |
Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk Bukit Merah, jadi saya berpatah di jalan masuk Alor Pongsu untuk datang ke sini. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk ke Bukit Merah. Jadi saya berpatah di jalan masuk ke Alor Pongsu untuk datang ke sini." | Lain-lain | 11.09.2022 |
apakah maksud peribahasa "PELANDUK SELALU MELUPAKAN JERAT TETAPI JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKN PELANDUK "? | Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam. | Makna | 21.10.2009 |
Betulkah istilah ini : - memperbanyakkan berkaitan waktu : tengah hari - bilakah waktunya? petang? 1.00 petang atau 1.00 tengah hari (ada beberapa istilah lagi saya nak tanya,tapi saya terlupa) | Tuan/Puan, Berikut ini ialah senarai tempoh jam dan senarai waktunya yang sesuai: 12.00 - 1.59 : Tengah hari 2.00 - 6.59 : Petang 7.00 - 11.59 : Malam 12.00 - 12.59 : Tengah malam 1.00 - 11.59 : Pagi | Lain-lain | 03.02.2015 |
Pak Long dalam ayat di bawah perlu menggunakan huruf besar ataupun tidak> “Kenapa Kif tak pernah nampak istana tu, pak long?” Akif yang mengingati setiap satu yang pernah dilihatnya, masakan boleh terlupa." | Penggunaan kata panggilan "pak long" dalam ayat tersebut tidak perlu menggunakan huruf besar. Panggilan keluarga seperti "pak long" dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis huruf kecil di tengah ayat dan huruf besar pada permulaan ayat (Pak long). Walau bagaimanapun, kata panggilan tersebut menjadi kata nama khas apabila bergabung dengan nama individu. Contohnya, Pak Long Awang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2015), halaman 83-87. | Tatabahasa | 12.05.2024 |
Selamat sejahtera, Banjir kilat telah menenggelamkan/menenggelami kereta-kereta penghuni kota . Soalan : 1. penggunaan "menenggelamkan" atau "menenggelami "yang betul? Sila jelaskan. 2. Adakah "kereta-kereta penghuni kota" menyalahi hukum tatabahasa ? Jelaskan Membaca merupakan satu hobi berbentuk riadah . 1. Adakah "berbentuk" kata kerja tak transitf (KKTT) Terdapat segolongan penduduk terlupa bahawa maju mundur sesebuah negara amat bergantung pada rakyatnya yang berilmu. 1. Adakah kata 'terdapat", "terlupa","bergantung" dan "berilmu" KKTT. Tolong jelaskan sebab. Terima kasih. | Cikgu terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Imbuhan meN....i digunakan untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif manakala iambuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Atau pada kebiasaannya imbuhan yang berakhir dengan i....ditujukan kepada benda hidup dan ...kan pada benda tidak hidup. Walau bagaimanapun sila rujuk mana-mana buku tatabahasa untuk penjelasan lanjut. Terima kasih | Tatabahasa | 21.05.2009 |