| Mohon terjemahan atas kata berikut: Corporate Governance 1. Board Of Independence 2. CEO duality Capital Structure 1. Short Term to Total Debt 2. Long Term to Total Debt 3. Total Debt to Total Asset 4. Leverage 5. Short Term Leverage 6. Long Term Leverage 7. Divident Policy Firm Characteristic 1. Firm Size 2. Leverage 3. Age Firm 4. Liquidity 5. Board Size Terima kasih | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Corporate Governance – Tadbir Urus Korporat 2. Board of Independence – Lembaga Bebas 3. CEO duality – Kedualan KPE atau Kedualan CEO 4. Capital Structure – Struktur Modal 5. Short Term to Total Debt- Hutang Jangka Pendek kepada Jumlah Hutang 6. Long Term to Total Debt - Hutang Jangka Panjang kepada Jumlah Hutang 7. Total Debt to Total Asset - Jumlah Hutang kepada Jumlah Aset 8. Leverage – Leveraj 9. Short Term Leverage – Leveraj Jangka Pendek 10. Long Term Leverage – Leveraj Jangka Panjang 11. Divident Policy – Dasar Dividen 12. Firm Characteristic – Ciri-Ciri Firma 13. Firm Size – Saiz Firma 14. Leverage - Leveraj 15. Age Firm – Usia Firma 16. Liquidity - Kecairan 17. Board Size – Jumlah Ahli Lembaga Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2017 |
| Apakah istilah yang sesuai bagi "service apartment"? Contoh konteks: "A service apartment is a fully furnished apartment available for short-term or long-term stay, providing hotel-like amenities such as room service, house keeping, a fitness center, and a laundry room." | Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah pangsapuri servis atau apartmen servis. | Lain-lain | 14.10.2018 |
| Pohon berikan terjemahan nama kediaman/bangunan berikut "service apartment" . Contoh ayat: A serviced apartment is a type of furnished apartment available for short-term or long-term stays, which provides amenities for daily use. Terima kasih. | Cadangan kami ialah pangsapuri perkhidmatan bagi padanan service apartment. | Istilah | 17.07.2010 |
| Istilah Term Of Reference dalam Bahasa Melayu | Salam sejahtera, Padanan dalam bahasa Melayu ialah bidang tugas atau bidang rujukan. Sekian terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.04.2019 |
| The term ‘communicant’ is more suitable in describing people involved in communicative behaviour in order to acknowledge the individual’s ability to both receive and produce information. Merujuk kepada perkataan "Communicant" dalam konteks ayat ini, adakah sesuai diterjemah sebagai pelaku komunikasi atau lebih sesuai diterjemah sebagai komunikan atau kekalkan saja istilah ini dalam bahasa Inggeris? Communicant selain daripada konteks gereja, juga digunakan dalam bidang komunikasi. Apakah cadangan pihak DBP untuk saya menterjemahkan perkataan ini? Terima kasih atas khidmat nasihat daripada pihak DBP. | Communicant tidak boleh diterjemahkan sebagai Pelaku Komunikasi dalam konteks komunikasi kerana mengikut makna umum perkataan tersebut merujuk kepada ahli Gereja | Makna | 15.03.2018 |
| which term is officially use currently "Bahasa Malaysia" or "Bahasa Melayu" Thanks | Cik Puan Nurharjanah, Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia boleh digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Istilah | 28.05.2009 |
| Apakah terjemahan bagi Pro-term Chairman? | Tidak ada maklumat tentang pro-term chairman dalam pangkalan data kami. Cadangan kami frasa tersebut diterjemahkan kepada Pengerusi Sementara jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.12.2017 |
| Hello, I would like to ask if there's a new word / term that we want to register to be used in all our advertising materials, how do we do it? How do I proceed with submission or request ? The term that we are looking at is "Slofie" which is created by our partners in USA. I understand that "Swafoto" is being used for "Selfie" and it was registered officially in DBP. Please let me know. Thanks. | Tuan, sila kemukakan cadangan tuan melalui link di bawah. Walau bagaimanapun, untuk mengemukakan cadangan, tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx | Istilah | 20.09.2019 |
| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian apakah terjemahan yang tepat untuk "term sheet" (dokumen yang mengandungi terma pelaburan yang wajib dikemukakan oleh penerbit instrumen pelaburan tertentu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) - adakah "helaian terma" atau "kertas terma" atau ada terjemahan yang lain? Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi perkataan "term sheet" ialah "perjanjian pelaburan tak terikat". | Istilah | 17.03.2022 |
| Salam Sejahtera, Saya adalah pelajar phD daripada UKM Tajuk kajian saya adalah PENGARUH MODAL SOSIAL TERHADAP KEBOLEHUPAYAAN PEKEBUN KECIL SAWIT PERSENDIRIAN KELAB 30 TAN DI NEGERI JOHOR, MALAYSIA. Term kebolehupayaan adalah terjemahan daripada tinjauan literatur saya dalam konsep Capability/Capabilities. Dalam DBP hanya keupayaan adalah istilah rasmi (iaitu merujuk ability dalam Bahasa Inggeris) manakala kebolehupayaan wujud dalam istilah MABBIM soalan saya untuk tajuk tesis yang rasmi 1. Adakah saya perlu menukar term kepada keupayaan (istilah rasmi) atau 2. Adakah saya boleh menggunakan term kebolehupayaan mengikut istilah MABBIM terima kasih | Berdasarkan semakan, istilah ability dan capability boleh dipadankan dengan istilah bahasa Melayu "kebolehan" dan "keupayaan" secara boleh ganti. Manakala, istilah "kebolehupayaan" pula tidak terakam dalam mana-mana kamus Dewan Bahasa dan Pustaka serta tidak mempunyai takrifan tersendiri. Pihak kami mencadangkan padanan bagi istilah capability dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan ialah keupayaan, kemampuan, kebolehan atau kesanggupan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 24.06.2025 |