Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.maÖ.lum]/[ter.ma/.lum] | ترمعلوم

Definisi : sudah dimaklumi, sudah dike­tahui; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud perkataan keputusan termaklum

Berdasarkan carian kami melalui internet, perkataan keputusan termaklum atau dalam bahasa Inggeris, “informed decisions” bermaksud keputusan berdasarkan fakta atau maklumat. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan ini boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep dan konteks ayat.

Makna06.06.2023
Salam sejahtera, Adakah "tacit approval" sesuai diterjemahkan sebagai "pengesahan termaklum"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Selamat Sejahtera,

Dalam pangkalan data kami, terjemahan istilah "tacit approval" masih belum terdapat dalam bahasa Melayu. Pihak tuan boleh menggunakan cadangan yang diberikan kerana mengambil konsep "tacit consent" (Bidang Undang-undang dan Sains Politik) diterjemahkan kepada "Persetujuan termaklum"
Penyemakan dan penterjemahan14.01.2018
Saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang terma "Double-Dummy" yang digunakan dalam penyelidikan klinikal. Klien saya sering merujuk istilah "Double Blind" sebagai "Rabun Dua Pihak" dalam dokumen borang persetujuan termaklum (Informed Consent Form) peserta penyelidikan. Namun, terma Double Dummy belum pernah digunakan sebelum ini oleh klien saya dan saya juga tidak mendapat hasil carian di PRPM. Menurut carian di Google, Double-Dummy merujuk kepada "A technique for retaining the blinding of a clinical trial, where the two treatments cannot be made identical." Apakah istilah yang sesuai bagi terma ini menurut pihak DBP? Terima kasih.

Padanan istilah yang tepat bagi “double blind” ialah “gelap ganda” (Perubatan). “Double dummy” pula merupakan ujian klinikal yang kerap digunakan dalam penyelidikan, khususnya untuk membandingkan dua jenis ubat atau dua kaedah rawatan yang berbeza. Kami mencadangkan "double dummy" diterjemahkan sebagai kaedah atau teknik “cubaan berganda”, “uji kaji dedua”, atau “banding rambang”, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan yang sesuai bagi istilah tersebut.

Istilah04.11.2020
Terjemahan Bahasa Melayu "informed decisions"

Cadangan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai bagi “informed decisions ialah keputusan termaklum.

Penyemakan dan penterjemahan15.06.2023
"salam dbp, selain daripada acara ilmu tersirat apakah perkataan bahasa malaysia yang boleh digunakan bagi perkataan ini " Tacit Knowledge Event""Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "tacit knowledge event" dalam pangkalan data kami. Sealain "tersirat", terdapat beberapa padanan bahasa Melayu yang lain untuk "tacit", iaitu termaklum, tasit, diam, pendam dan senyap. Perkataan lain untuk "event" ialah peristiwa, kejadian dan kegiatan. Oleh itu, pemilihan perkataan yang sesuai bergantung pada konteks penggunaan.Istilah12.12.2013
Salam, tuan/puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi informed decisions'? Contoh ayat, One of the primary objectives of the Malaysia Agriculture Census 2024 is to gather data that will enable policymakers to make informed decisions that will benefit the agriculture industry. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah informed decision ialah keputusan termaklum. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah20.06.2023

Kembali ke atas