Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terokai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jom terokai Perak" ada kah betul ayat iniUngkapan Jom terokai Perak betul dan telah digunakan dalam promosi di media.Tatabahasa23.07.2012
Perlukah saya menggunakan kata ganda bagi hartanah bagi konteks beberapa/pelbagai jenis hartanah, i.e. "Terokai hartanah-hartanah menarik di...." ataupun memadai hanya "Hartanah" Terima kasihAda perkataan yang tidak perlu digandakan kerana maksud tunggal atau jamak boleh dikenal pasti bergantung pada ayat yang digunakan. Perkataan hartanah dalam ayat contoh tersebut tidak perlu digandakan.Tatabahasa28.06.2016
Betulkah penggunaan ayat "Terokailah dan jelajahilah keindahan alam di negara kita"Penggunaan ayat tersebut adalah betul tetapi ayat  lebih gramatis ialah "Terokai dan jelajahi keindahan alam negara kita."Tatabahasa12.02.2014
assalamuaikum Tuan. Saya sedang menyiapkan tesis berkaitan Pembangunan Modul Kata Kerja untuk Murid Iban sekolah rendah di Sarawak. Saya ingin kepastian berkaitan teori yang sesuai untuk saya terokai dan kaitan dengan penguasaan kosa kata kerja untuk murid bukan penutur natif ini. Sebelum ini saya menggunakan Teori Medan Makna,namun terlalu mendalam dan kurang sesuai untuk pemerolehan kosa kata murid Iban. Saya juga sedang mempertimbang untuk menggunakan Teori Fungsional,namun saya masih buntu. Mohon pencerahan daripada Pihak DBP. terima kasih TuanKami mencadangkan tuan/puan untuk merujuk para pensyarah atau pengajar di universiti tuan/puan. Namun, sekiranya tuan/puan ingin membuat rujukan tesis, kertas kerja, buku atau artikel, tuan/puan boleh melayari laman web http://pustakav2.dbp.gov.my/Penyelidikan14.08.2021

Kembali ke atas