APAKAH MAKSUD/ DEFINISI BAGAI PERKATAAN KENDERAAN TERPAKAI | Kereta terpakai bermaksud kereta yang telah dipakai (digunakan) oleh orang lain. | Makna | 27.06.2009 |
Bagaimanakah penggunaan perkataan/ ayat yang betul untuk menyatakan penggunaan lebihan kayu yang telah digunapakai kepada sesuatu produk bernilai tambah seperti: 'Penggunaan sisa kayu terpakai' @ 'Penggunaan habuk kayu terpakai' @ 'Penggunaan sisa kayu' @ apakah pengunaan perkataan /ayat yang lebih sesuai untuk digunakan? | Penggunaan perkataan yang betul bergantung pada jenis dan bentuk bahan yg digunakan dalam penghasilan sesuatu produk tersebut. Kami mencadangkan perkataan yang sesuai ialah penggunaan sisa kayu, habuk kayu dan serpihan kayu. | Istilah | 23.09.2021 |
Tulisan jawi untuk : KEDAI BARANGAN TERPAKAI Terima Kasih | Ejaan jawi untuk perkataan KEDAI BARANGAN TERPAKAI ialah کداي بارڠن ترڤاکاي
| Ejaan | 07.01.2021 |
Salam, saya daripada pejabat kastam selangor ingin bertanya kan soalan;yang mana satu adalah susnan ayat yang betul . ayat pertama: Memantapkan Penilaian dan Taksiran Kereta Import Terpakai ayat kedua: Memantapkan Penilaian dan Taksiran Kereta Terpakai import. | Ayat yang betul ialah ayat kedua: Memantapkan Penilaian dan Taksiran Kereta Import Terpakai. | Tatabahasa | 04.04.2009 |
Kalam Murabbi TUES 18:10 Assalamulaikum Di mana saya boleh mendapatkan majalah terpakai DBP dengan harga yang cukup rendah? Saya orang Kelantan | DBP tidak menjual majalah terpakai, selain majalah terbitan baharu dan lama yang belum terjual. Bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 21.03.2017 |
Mohon betulkan ayat di bawah. 1. Membuat garisan trek padang. 2. Minyak hitam terpakai atau minyak hitam kitar semula | 1. Membuat garisan trek padang. 2. Minyak hitam terpakai atau minyak hitam kitar semula Jawapan: 1. Membuat garisan trek di padang. 2. Minyak hitam kitar semula. | Tatabahasa | 04.09.2014 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Pre Owned Vehicle Centre (A Division of Perodua Sales Sdn Bhd) Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Divisyen Perodua Sales Sdn Bhd) 2. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Bahagian Perodua Sales Sdn Bhd) 3. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Sebahagian dari Perodua Sales Sdn Bhd) | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 15.05.2015 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Pre Owned Vehicle Centre 9A division of Perodua Sales Sdn Bhd) Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Divisyen Perodua Sales Sdn Bhd) 2. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Bahagian Perodua Sales Sdn Bhd) 3. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Sebahagian dari Perodua Sales Sdn Bhd) | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 15.05.2015 |
saya keliru dengan penggunaan perkataan 'ter'. apekah fungsi dalam penggunaan bahasa. contoh kedai kereta terpakai.setahu saya 'ter' untuk perbuatan tidak sengaja. terima kasih. | Imbuhan teR juga memberi pengertian dalam keadaan tersedia. Dalam hal ini "terpakai" bermaksud "sedia dipakai". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 175. | Tatabahasa | 23.03.2010 |
Bagi sesetengah syarikta menjual kereta terpakai hanya menggunakan ayat seperti.."Perniagaan kereta Bunga raya Motor Sdn Bhd"..adakah ia bersesuaian? Pohon bantuan tuan jika ada cadangan lain yang lebih baik. TK | Keterangan aktiviti mesti ada dalam setiap iklan. Merujuk contoh yang saudara berikan, keterangan aktiviti yang betul ialah "Perniagaan Kereta Terpakai" dan di baris bawahnya ditulis nama syarikat - Bunga Raya Motor Sdn. Bhd.. | Tatabahasa | 13.10.2011 |