Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pa.lit] | ترڤاليت

Definisi : 1. tercalit, tersapu: Tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau-kalau ada lumpur ~; 2. ki terkait atau terlibat sama (dlm hal orang), terbabit; seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis ~ prb seorang yg membuat jahat (salah) semuanya mendapat nama buruk dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pa.lit] | ترڤاليت

Definisi : 1 terkena atau tersapu sesuatu ke badan; tercalit: Dia meraba-raba mukanya kalau-kalau ~ lumpur. 2 ki turut terlibat atau terseret sama; turut mendapat nama buruk dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
palit (kata nama)
Bersinonim dengan pemalit, calit, salit;,
Kata Terbitan : berpalit, memalit, memalitkan, terpalit,

Peribahasa

Seruas tebu yang berulat,
     sebatangnya dibuang.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit).

 

Lihat selanjutnya...(2)

504

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam ayat-ayat berikut, Kesan tanah yang terpalit "di" bajunya disapu dengan tangan. dan Luka "di" lututnya. Adakah penggunaan "di" dalam ayat ini betul ataupun penggunaan "pada" adalah lebih tepat? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah 1. Kesan tanah yang terpalit pada bajunya disapu dengan tangan. 2. Luka pada lututnya. Terima kasih.Lain-lain14.12.2010

Kembali ke atas