"terpana" banyak digunakan di dalam buku-buku, lirik lagu, dsb. Tetapi adakah kata dasarnya "pana"? "terpana" tidak ada di dalam kamus dewan dan juga tiada dalam carian DBP. Adakah "terpana" diterima sebagai perkataan dalam bahasa malaysia? | Kata terpana atau pana tidak ada dalam sumber rujukan kami, paling hampir ialah kata fana yang berasal dari bahasa Arab dan bermaksud tidak kekal. | Lain-lain | 19.03.2009 |
Berdasarkan teks novel tingkatan 2, Erti Sebuah Pengorbanan, m/s: 114. Beliau terpana melihat sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Iman. perkataan "terpana" membawa maksud apa? Sekian, terima kasih. | Dalam Kamus Dewan, tidak ada perkataan pana, yang ada ialah fana, bermaksud tidak kekal atau musnah. Namun, jika merujuk contoh penggunaan terpana dalam ayat tersebut, maksud yang paling sesuai ialah kagum atau terpesona. | Makna | 11.01.2012 |
1.Di dalam Kamus Dewan, tidak wujud perkataan 'juvana'. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan 'masalah jenayah membabitkan remaja' sedangkan perkataan 'juvenil' pun mungkin tidak tepat? 2. Adakah 'terpanah petir' dianggap salah kerana alasannya ayat pasif 'ter' perlu dimasukkan 'oleh'? | 1. Tidak ada suatu perkataan khusus untuk memberi maksud "masalah jenayah yang membabitkan remaja" kecuali rangkai kata yang panjang seperti itu. 2. Ayat yang betul ialah, ... terpana oleh petir - untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-,kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. | Tatabahasa | 17.09.2008 |