Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpanjang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan terpanjang dalam kamus dewan.Untuk mendapatkan maklumat berkenaan, sila rujuk kamus.Lain-lain22.11.2017
Apakah perkataan terpanjang Bahasa Melayu? Adakah perkataan "assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh" dianggap sebagai satu perkataan tunggal yang sah?Tidak ada maklumat tentang perkataan terpanjang dalam daftar kata bahasa Melayu, saudara perlu merujuk kamus dan menyemak setiap entri kata dasar.Ejaan27.01.2012
Sekadar ingin tahu. mungkin menjadi suatu pengetahuan baharu~ "Perkataan yang terpanjang dalam Bahasa Malaysia ialah diketidaknyahcasdiversifikasielektrostat (mengandungi 40 huruf), merupakan istilah yang digunakan dalam bidang saintifik. Manakala perkataan umum yang terpanjang ialah mempertanggungjawabkan (mengandungi 22 huruf)". Betulkah? maaf, soalan agak kebudak2kan. Namun , cukup menarik utk di masa hadapan.. :DPerkataan mempertanggungjawabkan hasil gabungan apitan memper-...-kan dengan kata dasar tanggungjawab dan perkataan ini terakam dalam Kamus Dewan. Manakala perkataan diketidaknyahcasdiversifikasielektrostat tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan, dalam pembentukan perkataan/istilah, perkataan ketidak dan nyah tidak hadir sekali atau berurutan kerana kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama seperti ketidakhadiran dan nyah padat. Dan lazimnya dalam pembentukan istilah apabila ada apitan di-...-kan atau ke-...-an baharulah perkataan yang terhasil itu digabungkan.Istilah25.10.2012
1. Jambatan itu (ialah/ adalah/ -) yang terpanjang di negeri ini. 2. kelakuannya (ialah/ adalah/ -) seperti kakaknya. saya ingin memastikan penggunaan 'ialah' dan 'adalah' dalam kedua-dua ayat tersebut. ataupun tidak patut menggunakan "ialah" mahupun "adalah" kerana kelewahan. terima kasih.1. Jambatan itu yang terpanjang di negeri ini.
2. Kelakuannya seperti kakaknya.
Kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa nama seperti Antara perkara yang dibicarakan dalam buku ini ialah masalah moral remaja. Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.
Tatabahasa21.05.2012
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak?Tq 1. Kami pergi ke sana dengan melalui Jambatan Pulau Pinang yang sepanjang 13.5 KM. 2. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara kerana diperakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. 3. Perjalanan pulang pula kami menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang. 4. Jambatan kedua ini sepanjang 24 km dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.Ayat yang tepat ialah:

1. Kami pergi ke sana melalui Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km.
2. Jambatan ini kebanggaan negara dan diperakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia.
3. Bagi perjalanan pulang, kami menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
4. Jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 24 km dan merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
Lain-lain24.05.2018

Kembali ke atas