Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pa.par] | ترڤاڤر

Definisi : (telah) dipaparkan, terbentang, ter­gambar, tertera: di dlm rajah ini ada ~ dua jenis skala; hal seumpama itu sering ~ dlm akhbar dan majalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pa.par] | ترڤاڤر

Definisi : 1 terbentang; tergambar: Perhatikan bentuk yg ~ pd skrin itu. 2 (telah, sudah) dipaparkan: Kisah yg menggemparkan masyarakat itu ~ di akhbar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papar (adjektif)
Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;,
Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Papan tanda sekolah terpapar 1.Peperiksaan sedang dijalankan 2.Peperiksaan sedang berjalan. Frasa mana yang betul?mohon pencerahan .TQ.Tuan MunsyiPerkataan dijalankan bermaksud dilaksanakan, dan perkataan ini merupakan bentuk pasif bagi menjalankan. Menjalankan/dijalankan ialah kata kerja transitif yang mesti diikuti objek. Berjalan bermaksud berlangsung dan merupakan kata kerja tak transitif. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah "Peperiksaan sedang berjalan" atau "Peperiksaan sedang berlangsung".Tatabahasa18.10.2018
Saya cuba membuat pencarian kata tetapi mesej berikut terpapar : ERROR [08004] [IBM] SQL30061N The database alias or database name "SPMB " was not found at the remote node. SQLSTATE=08004 Apakah masalah dan cara penyelesaiannya?

Masalah ini adalah masalah  teknikal dan pihak kami akan mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut.

Lain-lain19.06.2009
Saya ingin maklumat berkenaan penggunaan perkataan "yuran" yang bertepatan di dalam iklan. Sebagai contoh iklan terpapar : 'DIJEMPUT HADIR KE KURSUS SEHARI PENGURUSAN JENAZAH. YURAN RM 5 SEORANG. SIJIL DAN MAKAN DISEDIAKAN.' Mana satukah yang lebih tepat, YURAN atau PENDAFTARAN? Mohon dapat penjelasan atas kekeliruan ini. Terima kasih.TUAN/PUAN DIPERSILAKAN HADIR KE KURSUS SEHARI PENGURUSAN JENAZAH. BAYARAN SEBANYAK RM5 DIKENAKAN UNTUK SETIAP PESERTA TERMASUKLAH MAKAN MINUM SEWAKTU BERKURSUS. SETIAP PESERTA AKAN DIBERIKAN SIJIL PENYERTAAN.Tatabahasa07.04.2011
Suhaili Lily Jun 3rd, 12:44am terima kasi kerana memartabatkan Bahasa Melayu...tetapi boleh DBP pos tentang peribahasa dan seumpamanya...Hal ini kerana, anak muda sekarang tidak kenal peribahasa yang betul dan maknanya...mohon isu ini diambil perhatianDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 3rd, 9:16am Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Pihak DBP telahpun menyediakan kemudahan tersebut melalui http://prpm.dbp.gov.my setiap perkataan yang ditaip seperti perkatan sampan maka akan terpapar maksud mengikut semua kamus yang diterbitkan oleh DBP. Selain itu, akan terpapar secara serentak tesaurus, iaitu perkataan yang segolongan dengan sampan seperti sambok, sekoci, selob dan sebagainya; begitu juga akan terpapar himpunan puisi yang terdapat perkataan sampan (puisi, pantun dan sebagainya); dan pasti juga akan dipaparkan peribahasa yang terkandung perkataan sampan (174 peribahasa yang menggunakan perkataan sampan). Selamat mengembara ke laman tersebut. Pelbagai kemudahan disedia. Moga ini membantu. Terima kasih.Lain-lain03.06.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/Puan, Saya sering juga menggunakan khidmat nasihat DBP khususnya dalam mencari perkataan-perkatan terkini dalam bahasa melayu. Namun saya keliru dengan perkataan yang dahulunya rapat tetapi kini perlu dijarakkan. Namun, apabila saya mencari istilah seperti 'hakmilik' dan 'sepertimana' dengan menaip di ruangan carian kata, kedua-dua versi iaitu jarak dan rapat terpapar keluar. Pada Pandangan saya ini sangat mengelirukan, sepatutnya hanya versi yang terkini (jarak) sahaja yang sepatutnya terpapar keluar. Ini pastinya akan mengelirukan user. Terima Kasih

"Hakmilik" dalam bentuk istilah khususnya istilah undang-undang dieja sebagai satu perkataan seperti successors in title padanannya pengganti hakmilik dan historic title padanannya hakmilik sejarah, tetapi dalam bentuk rangkai kata umum hak milik dieja sebagai dua perkataan, contohnya; hak milik tanah mestilah dicatatkan di dalam buku pendaftaran. Walau bagaimanapun "seperti mana" sewajarnya dieja dengan dua perkataan.

 

Ejaan09.04.2009
Tuan/Puan, Saya warganegara Malaysia, mengambil kursus jarak jauh dari Shanghai Normal Univerisity. Tajuk tesis saya ialah "Perbandingan maksud dan tatabahasa "di atas" antara Bahasa Cina dengan Bahasa Malaysia". Saya telah cuba mencari maksud "atas" dan "di atas" dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=di+atas,tetepi yang terpapar keluar adalah takrif perkataan - perkataan yang mengandungi frasa "di atas" sahaja. Bolehkah tuan / puan ajar saya bagaimana cara saya key in supaya dapat cari maksud "di atas" dan tesis yang berkaitan tentang "kata arah" atau "maksud di atas"? Ribuan terima kasih saya ucapakan.Untuk makluman, puan boleh mendapatkan maklumat melalui www.prprm.dbp.gov.my dan melihat data daripada pelabagai sumber termasuklah Kamus, Istilah, Khidmat Nasihat dan Korpus. Untuk mengakses makna daripada kamus atau korpus, puan boleh menulis satu kata kunci seperti "atas" dan untuk mendapatkan data daripada sumber-sumber lain seperti Khidmat Nasihat, puan boleh menulis perkataan "atas dan di atas".Lain-lain04.08.2015
bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tentang sistem bahasa melalui imternet.Puan boleh layari laman web www.dbp.gov.my atau gunakan enjin carian seperti google, yahoo, msn, dsb. dan taipkan kata kunci (contoh: Adverba dalam bahasa Melayu) dan alamat laman-laman web yang berkenaan akan terpapar di skrin dan puan boleh klik sahaja di capaian yang bersesuaian.Lain-lain27.01.2009
Nasibah My RAB 12.06 PTG Salam. Nak tanya Kalau nak semak ejaan jawi, boleh rujuk kat mana ya? Sebelum ni, saya selalu rujuk kat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kamus+online Dulu "Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP" sekarang dah berubah ke?Waalaikumussalam. Untuk menyemak ejaan Jawi, puan masih boleh merujuk di prpm.dbp.gov.my, iaitu di Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Ejaan Jawi setiap perkataan akan terpapar bersama-sama perkataan yang dicari.Ejaan24.05.2017
Lizalawati Marzuki Aug 28th, 6:30pm assalamualaikum. ..nak tanya tentang penjodoh bilangan utk kek.... sebiji kek @ sebuku kek... terima kasih.Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Aug 28th, 7:13pm Wa`alaikumussalam. Terima kasih bersahabat dengan FB DBP. Alangkah mudahnya jika persoalan ini diselesaikan secara maya di http://prpm.dbp.gov.my dengan cara menaip "sebiji kek" dan klik pada ikon cari dan klik pada Khidmat Nasihat dan akan terpapar jawapan di sana. Sungguhpun begitu, disertakan juga jawapan kepada persoalan anda. Penjodoh bilangan bagi kek bergantung pada bentuknya. Boleh digunakan sebiji kek (jika kek itu belum dipotong) ataupun sepotong kek. Moga ini membantu. Terima kasih.Tatabahasa28.08.2014
Saya ingin bertanya. Dalam kamus dewan edisi keempat menyatakan samfu ialah pakaian wanita Cina. Apakah pula nama bagi pakaian lelaki cina? Ini kerana dalam carian saya di laman sesawang samfu juga merujuk kepada pakaian lelaki cina tetapi tidak dinyatakan dalam kamus dewan. Terima kasih.Untuk makluman, pihak kami juga menemui data yang sama dalam carian di Internet. Akan tetapi, kami tidak dapat membuat pengesahan bahawa samfu juga merujuk kepada pakaian lelaki Cina. Hal ini disebabkan kami hanya menggunakan apa yang terpapar dalam Kamus Dewan.Istilah06.02.2017
12

Kembali ke atas