Selamat petang tuan. Moga-moga tuan gembira melunaskan amanah yang terpikul. Tuan, apakah sendi nama yang tepat bagi masa: "pada" atau "dalam"? Pada pendapat saya, ungkapan "pada zaman Melaka" dan "dalam zaman Melaka" berbeda atau senjang. "Pada" menunjukkan waktu tertentu, iaitu berpaku pada satu waktu sahaja, tidak melibatkan jangka waktu. "Dalam" pula menunjukkan jangka waktu, iaitu dari satu waktu ke satu waktu, dari waktu bermula sampai waktu tamat. Jadi "pada zaman Melaka" bermaksud tepat-tepat pada zaman Melaka itu sahaja, bukan zaman lain seperti zaman Abbasiyah, zaman penaklukan Jepun, zaman penjajahan British. "Dalam zaman Melaka" pula bermaksud jangka masa dari masa bangkitnya zaman Melaka hingga lenyapnya zaman ini. Jadi, dapat saya simpulkan bahawa sebenarnya kedua-dua sendi "pada" dan "dalam" boleh digunakan untuk masa, hanya maksud yang timbul senjang (berbeda). Sorotan lanjut ada dalam WordPad yang terlampir. Isi WordPad ini sebenarnya surat saya terhadap Dr. Awang Sariyan, namun saya memohon pandangan tuan juga. Harap tuan menjelaskan perkara ini. Terima kasih. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, jelas diterangkan kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan waktu dan tempat. Kami menerima ayat "pada zaman Melaka" ini betul kerana selari dengan prinsip Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 01.12.2016 |
Huraikan contoh-contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad | Contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Watak Lahuma dan Jeha merupakan gambaran perjuangann hidup dari sebuah keluarga petani miskin yang menjadi proto-type dari petani miskin yang lain. sifat umum yang terdapat pada mereka ialah; - menyerah segala nasih kepada Allah SWT. Rintangan atau ranjau dalam kehidupan mereka sebagai petani adalah suatu yang wajar. Lahuma dan Jeha sebagai protagonis perlu menghadapi cabaran dari alam yang menimbulkan pelbagai konflik jiwa kepada mereka. - Lahuma mencintai isteri dan anak-anaknya tanpa batas dan cinta itu dicurahkan melalui pekerjaannya. Pengarang melukiskan Lahuma sebagai seorang petani miskin yang penuh tanggungjawab terhadap sawah yang menghidupkan keluargannya. Lahuma merupakan watak dinamis yang sanggup menghadapi maut dalam perjuangannya. Sungguhpun kesakitan ditikam duri nibung ia masih ingin menumpukan perhatiannya terhadap bendangnya yang belum selesai. Watak Jeha pula lambang dari isteri petani yang setia, yang cintanya tak terbatas dan pengorbanannya tak bertepi. walau bagaimanapun kualiti kewanitaannya masih tetap ada seperti di menjadi lemah semangat bola terkena geroh ular senduk, fikirannya terganggu oleh kematian Lahuma yang menyebabkan segala tanggungjawab terpikul di bahunya. Fikirannya terganggu oleh perderitaan yang tidak terselesaikan dan akhirnya menjadi gila dan dikurung tetapi masih memperlihatkan cinta kasinya terhadap suami yang telah mati dan terhadap sawahnya. | Sastera | 21.03.2012 |