Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pi.lih] | ترڤيليه

Definisi : 1. dapat dipilih, telah dipilih: wakil PAS yg tunggal dlm Parlimen pernah ~ dr Kerian; 2. memilih dgn tidak sengaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpilih

Puisi
 

Intan terpilih tercabut sarung,
     Disambarlah oleh dewa alperi;
Puas kupilih di dalam kampung,
     Baru mendapat si jantung hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Pilih-pilih ruas (= tebu),
     terpilih pada buku (= dilabu muda).

Bermaksud :

Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Bolehkah "selected system restore point" diterjemahkan kepada "titik pemulihan sistem terpilih" atau "titik pulih sistem terpilih"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Terjemahan yang boleh digunakan ialah titik pulih sistem terpilih.Penyemakan dan penterjemahan31.01.2018
saya terpilih untuk mengikuti pengajian dalam ijazah sarjana muda persuratan melayu,apakah bidang kerjaya yang akan saya ceburi apabila tamatnya pengajian?Soalan yang dikemukakan ini tidak berkaitan dengan perkhidmatan kami, iaitu perkhidmatan memberikan khidmat nasihat bahasa, sastera, penerbitan, pengurusan dan korporat berkenaan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain14.05.2019
Salam, antara ayat ini yang manakah lebih betul? 1. Projek sains oleh murid yang terpilih akan dipamerkan di dewan sekolah. 2. Projek sains daripada murid yang terpilih akan dipamerkan di dewan sekolah. terima kasih.

Kedua-dua ayat tersebut betul. Tidak ada mana-mana antara kedua-dua ayat tersebut yang lebih betul.

Tatabahasa24.02.2014
Kekeliruan penggunaan kata ganti tak tentu, mana-mana - untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu. Contoh soalan, "----------------peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi------------------yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. A. Apa-apa, bila-bila B. Siapa-siapa, mana-mana C. Mana-mana, siapa-siapa D. Berapa-berapa, siapa-siapa

Encik Paul,

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 87):  kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:

apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara.

Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

Siapa-siapa (Sesiapa) peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi mana-mana yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. 

 

Tatabahasa28.02.2009
RHB dan Maybank merupakan dua buah............ yang menyediakan khidmat perbankan di cawangan Pos yang terpilih. soalan saya, apakah jawapannya? bank atau institusiRHB dan Maybank merupakan dua buah institusi perbankan yang menyediakan perkhidmatan di cawangan Pos yang terpilih.Tatabahasa20.12.2012
RHB dan Maybank merupakan dua buah ........... yang menyediakan khidmat perbankan di cawangan Pos yang terpilih. Soalan saya, apakah jawapan yang sebenarnya tanpa mengubah ayat-ayat tersebut. Jawapan yang diberikan iaitu Bank atau Institusi, saya harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah saya ini dengan ucapan jutaan terima kasih. sekian.RHB dan Maybank merupakan dua buah institusi yang menyediakan khidmat perbankan di cawangan Pos yang terpilih.
Tatabahasa21.12.2012
Kami tidak tahu siapa yang akan terpilih untuk mewakili maktab ke pertandingan nasyid. Apakah kesalahan yang ada dlm ayat ini?Kesalahan yang ditemukan dalam ayat tersebut ialah penggunaan kata tanya "siapa" dalam ayat penyata.Tatabahasa29.07.2013
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "WAKIL INSURAN TERPILIH ANDA" untuk papan iklan Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu. Terima kasih.Sila lihat Lampiran.Ejaan13.05.2013
salam sejahtera bagaimanakah caranya saya boleh mengetahui bahawa karya saya terpilih untuk diterbitkan.

Terima kasih kerana berminat dalam bidang penulisan. Untuk makluman saudara, setiap karya yang dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka akan dinilai oleh editor dan penilai pakar untuk menentukan sama ada karya tersebut wajar diterbitkan. Pegawai projek akan memaklumkan kepada saudara secara bertulis sama ada karya tersebut diperakui penerbitannya oleh penilai. Untuk makluman saudara, sekiranya karya tersebut layak diterbitkan atas perakuan penilai, pengurus projek akan menyediakan laporan manuskrip untuk diajukan kepada mesyuarat Jawatankuasa  Editorial  dan Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan. Saudara akan dimaklumkan secara bertulis tentang keputusan daripada kedua-dua jawatankuasa tersebut.

Lain-lain11.03.2008
Dengan ini diperakui bahawa Ariff Aiman Firdaus Bin Ariff Nizam telah terpilih dan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Perkataan 'diperakui' atau 'diperakukan'....mana satu betul?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i, seperti diperakui, diperolehi dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan.Tatabahasa10.02.2015
1234567

Kembali ke atas