Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpilih 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, bukankah dalam Kamus Dewan Edisi keempat, jarang=jarang-jarang, justeru, mengapakah ayat:Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah, salah? Soalan 2 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, imbuhan ter- dan sekali merupakan dua darjah penghabisan, justeru, mengapakah "terkenal sekali" adalah betul?Berikan penjelasan selanjutnya Soalan 3 Apakah perbezaan antara menasihati dan menasihatkan? Kemukakan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaannya. Soalan 4 Yang mana betul? a)Kita sepatutnya mendengar arahan guru kita b)Sepatutnya kita dengar arahan guru kita c)Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita d)Sepatutnya kita dengar arahan daripada guru kita Soalan 5 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya b)Ikatan kain itu hampir terlucut dari pinggangnya Soalan 6 Yang mana betul? Berikan penjelasan a)Memahami dengan lebih mendalam lagi tentang kebaikan melabur dalam saham amanah b)Memahami kebaikan melabur dalam saham amanah dengan lebih mendalam lagi Soalan 7 Apakah perbezaan antara pembelajaran dan pemelajaran?Berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.Selain itu, ayat manakah yang betul? a)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik b)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pemelajaran yang baik1. Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah. - ayat ini betul  2. Yang betul ialah terkenal - kami mohon maaf atas kekeliruanyangtimbul.  3. Tidak ada perbezaan yang jelas antara menasihati dan menasihatkan, kedua-duanya bermaksud memberi nasihat atau tunjuk ajar.  4. Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita. ayat yang betul  5. Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya. - ayat yang betul  6. kedua-dua ayat ini betul.  7. Pembelajaran bermaksud proses belajar, untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), manakala Pemelajaran bermaksud proses belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut pemelajaran memerlukan usaha yang lebih yang biasanya merujuk mereka yang terlibat dalam kerja penyelidikan. Oleh itu ayat yang tepat ialah - Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik.Tatabahasa24.12.2008
Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita.

1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul?

2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan.

3. Ya.

4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari.

5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~;

jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai;

Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah.

6. Kedua-dua ibu bapa.

7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-...  sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008.

8. Kedua-duanya betul.

9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita.

 

Lain-lain20.12.2008
Adakah pihak tuan mempunya sajak yg diperlukan, butiran seperti berikut. tajuk sajak : mahasiswa. nukilan : A.Samad Said. Saya sudah mencari,tetapi tidak jumpa. munkin tajuk tidak tepat, tetapi tentang mahasiswa. ataupun pihak tuan mempunyai laman untuk saya mencari koleksi nukilan A.Samad Said.t.kasihSila rujuk bahan ini : 1. A.Samad said : sebuah antologi puisi yang menghimpunkan karya-karya selama lebih setengah abad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2005 . 2.Koleksi terpilih Sasterawan Negara A.Samad Said Dewan Bahasa dan Pustaka 2005 . Sekian, terima kasihLain-lain05.09.2007

Kembali ke atas