Penggunaan perkataan 'anti'. Mana yang betul? 'antipengganasan' atau 'anti-pengganasan'? Apakah terjemahan bagi 'Counter-Terrorism Centre' dalam Bahasa Malaysia? | Ungkapan yang betul ialah antikeganasan, iaitu padanan anti-terrorism dalam bahasa Melayu. Counter-Terrorism sama maksudnya Anti-Terrorism, terjemahan yang sesuai ialah Pusat Antikeganasan. | Ejaan | 04.06.2015 |
Apakah istilah counter-terrorism dalam bahasa Melayu. Pencegahan Kegganasan atau antikeganasan atau kata lain? Carian saya di lamana web, saya dapati antikeganasan dan pecounter-terrorisme dua benda yang berbeza jadi saya ingin tahu apa terjemahan paling sesuai untuk counter-terrorism. Contoh ayat: "this included counter-terrorism and maritime security". terima kasih | Kami cadangkan padanan bahasa Melayu untuk counter-terrorism dalam ayat diberikan ialah “menentang keganasan” atau “mencegah keganasan”. | Istilah | 18.12.2017 |
Terjemahan dalam Bahasa Melayu "Counter Terrorism". Kami akan mewujudkan cawangan Counter Terrorism. Justeru itu saya perlukan jawapan segera untuk dibahasakan dalam perkataan Bahasa Melayu. Pohon untuk dipercepatkan. | Cadangan kami "Cegah Keganasan". | Makna | 06.02.2009 |
Salam Tuan/Puan, Saya ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menterjemahkan "Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA 2001)" Terima kasih atas bantuan daripada pihak tuan/puan. | Berdasarkan carian melalui sumber Bank Negara Malaysia http://www.bnm.gov.my/documents/act/bm_amlatfa_v3.pdf, "Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA 2001)" ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. | Istilah | 19.09.2018 |