Cogan kata PINTAR Foundation adalah "Promoting Intelligence, Nurturing Talent & Advocating Responsibility" di dalam bahasa inggeris. Jika diterjemahkan kepada bahasa melayu, perkataan "promoting" kami terjemahkan kepada "menggalakkan". Ada perkataan lain yang bersesuaian supaya makna inggerisnya tidak tersasar? | Dalam data kami, promoting diterjemahkan kepada menggalakkan/penggalak dan juga wadah (medium). Puan boleh menggunakan terjemahan yang sesuai dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.02.2015 |
Salam, saya ingin bertanya tentang maksud 'fungsi fizikal' yang terdapat dalam ayat berikut: Kemurungan bukan sahaja akan mengganggu kesihatan emosi dan mental, malahan fungsi fizikal dan interaksi sosial pesakit turut terganggu. Terima kasih. | Kamus Dewan menakrifkan fizikal sebagai badan, fungsi badan secara amnya. Walau bagaimanapun, penulis lebih memahami maksud sebenar yang hendak disampaikan, selagi tidak tersasar daripada maksudnya yang sebenar. | Makna | 04.12.2015 |
Saya dalam urusan memohon kelulusan papantanda iklan syarikat (Qaseh Nursing Care Sdn Bhd.) di Melaka menerusi Majlis erbandaran Hang Tuah Jaya. Syarikat ini menjalankan kegiatan memberi khidmat kejururawatan dan ahli fisioterapi bergerak ke rumah-rumah (mobile nursing). Tajuk papantanda saya "JURURAWAT DAN FISIOTERAPI BERGERAK" telah ditolak oleh DBP. Minta diubah kepada "PERKHIDMATAN JAGAAN DI RUMAH".1) Mengapa DBP menolak perkataan JURURAWAT BERGERAK kerana dia adalah terjemahan daripada MOBILE NURSING.2) PERKATAAN JURURAWAT adalah perkataan Bahasa Malaysia yang ada dalam kamus DBP 3) "Nature of Busines" kami sememangnya bertepatan kerana pekerja kami adalah jururawat bertauliah yang memberi kidmat kejururawatn bukan sekadar jagaan. 4) Perkataan JAGAAN yang disyorkan boleh memberi tafsiran yang tersasar dari maksud sebenar merawat kerana JAGAAN DI RUMAH juga memberi konotasi jagaan keselamatan (Jaga/guard) 5) Konsep Home Nursing atau Mobile Nursing memang agak baru di negara kita dan terjemahan tidak diragukan kepada istilah tersebut dalam bahasa kita ialah "Jururawat di rumah" atau "Jururawat Bergerak" mengapa saya dilarang menggunakan perkataaan JURURAWAT dalam papantanda perniagaan dimaksudkan. Sekian dan salam hormat. | Untuk makluman, istilah "Home Nursing" telah dibincangkan dalam Sidang Pakar Ke-20 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada tahun 2006. Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan istilah "Jagaan di Rumah" untuk istilah "Home Nursing". | Istilah | 20.07.2011 |