Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sa.yang] | ترسايڠ

Definisi : 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersayang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Yang mana satu betul? 1. Kiriman buat yang tersayang 2. Kirimkan buat yang tersayang 3. Kirimkan kepada tersayang 4.Kirimkan kepada yang tersayangSemua ayat tersebut betul.

1. Kiriman buat yang tersayang
2. Kirimkan buat yang tersayang
3. Kirimkan kepada tersayang
4. Kirimkan kepada yang tersayang
Tatabahasa09.09.2021
Salam sejahtera, saya mempunyai pertanyaan tentang penggunaan huruf besar bagi kata ganda penuh dalam tajuk/judul buku. Contoh: Ibu-ibu yang Tersayang / Ibu-Ibu yang Tersayang. Yang manakah betul? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah Ibu-ibu yang Tersayang.
Ejaan19.04.2023
1. Wanita itu menangis (teresak-esak / tersedu-sedu) kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. (Banyak kanak-kanak) kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. Bahagian manakah dalam ayat ini salah? Atau tiada kesalahan. 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak diperdaya) oleh lelaki hidung belang. ATAU Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak mudah terperdaya) oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu (memasakkan) sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut (adalah) peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. 10. (Sementara) itu kapal belajar juga, makin lama makin laju. 11. Kami (menemukan) beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

1. Wanita itu menangis teresak-esak kerana kehilangan suaminya yang tersayang.

2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - ayat ini betul

3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh lelaki hidung belang.

4. Ibu memasakkan sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama.

5. Berikut ialah peserta yang berjaya ke peringkat akhir.

6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu.

7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun.

8. Ken Yee tinggal di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu.

9. Para pelajar disuruh diam semasa ketiadaan guru.

10. Sementara itu kapal belayar juga, makin lama makin laju.

11. Kami menemukan beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259.

Tatabahasa24.10.2011
Apakah format dalam penulisan lirik lagu? Bagaimana tanda baca yang perlu digunakan? Contoh: Guru tersayang, guru tercinta Tanpamu, apa jadinya aku Tak bisa baca, tulis, mengerti semua hal Guruku, terima kasihku

Salam puan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, puan boleh berhubung dengan Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera melalui nombor telefon 03-21479697 atau e-mel kepada jfar@dbp.gov.my.

Lain-lain17.08.2025
apakah makna mustika?Tidak ada perkataan 'mustika' dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan, yang ada ialah 'mestika' yang bermakna batu sakti, yang tercantik atau tersayang.Makna16.11.2006

Kembali ke atas