Sekiranya perkataan bahasa Melayu dan diikuti perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan, perlukah perkataan inggeris tersebut diitalic kan? contoh : Peti Pembekal (Feeder Pillar) | Perkataan bahasa Melayu yang diikuti dengan perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan tidak perlu diitalikkan perkataan bahasa inggeris tersebut tersebut. Hanya perkataan bahasa Inggeris tunggal dan tidak dalam kurungan sahaja perlu diitalikkan. | Ejaan | 03.07.2023 |
1. Saya terdengar akan jeritan tersebut(Ayat aktif tak transitif). 2. Jeritan tersebut terdengar oleh saya(ayat pasif) ~Bukankah kata kerja tak transitif (a)tiada objek, DAN (b) tidak boleh ditukarkan kepada ayat pasif | Ayat yang betul untuk Ayat Aktif Tak Transitif ialah "Saya mendengar jeritan tersebut." Manakala ayat yang betul untuk Ayat Pasif pula ialah "Jeritan tersebut saya dengar." | Tatabahasa | 22.04.2022 |
Apakah perbezaan antara ayat di bawah serta kesesuaian penggunaannya: 1. Dengan hormatnya saya menjemput perhatian tuan/puan kepada perkara tersebut di atas. 2. Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan berhubung perkara tersebut di atas 3. Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 4. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. | Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah "Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas." | Tatabahasa | 11.06.2023 |
1. Di dalam dompet tersebut terdapat wang tunai dan kad pengenalan milik Ali. Adakah terdapat kesalahan penggunaan tatabahasa di atas dan mengapa penggunaan tatabahasa tersebut salah? | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 04.10.2024 |
Namanya siapa? Atau Nama dia siapa? Yang mana betul? | Kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat tersebut merupakan ayat tanya yang menggunakan kata ganti nama sebagai kata tanya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlmn. 255. | Lain-lain | 26.09.2023 |
Perkataan Pengurusan Tertinggi perlu menggunakan huruf besar atau kecil? Contoh Pengurusan Tertinggi MOSTI atau pengurusan tertinggi MOSTI | Sekiranya perkataan tersebut merujuk pada kata nama am, perkataan tersebut ditulis dengan huruf kecil pada pangkalnya (pengurusan tertinggi MOSTI) manakala sekiranya perkataan tersebut merujuk pada kata nama khas, perkataan tersebut ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya (Pengurusan Tertinggi MOSTI).
| Tatabahasa | 30.11.2023 |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara tersebut. Ayat di atas sering ditemui dalam surat rasmi dan e-mel. Soalan saya, adakah ayat tersebut boleh dianggap ayat? Untuk membina ayat yang gramatis, mestilah ada subjek dan predikat. Ayat di aats tidak ada subjek, atau subjeknya sengaja digugurkan. Sepatutnya, ayat yang gramatis ialah Ayat biasa: Saya berasa sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara tersebut. Ayat songsang: Sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara tersebut, saya berasa sukacita. Kedua-dua ayat di atas mengunakan pendekatan sintaksis Teori Transformasi Generatif (TGG). Oleh hal yang demikian, apakah pandangan atau pendirian DBP tentang ayat yang tidak ada subjek tadi? Adakah dinilai gramatis atau tidak. Sekian, terima kasih. | Ayat yang lazim digunakan ialah "Saya berasa sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara tersebut." | Lain-lain | 03.03.2023 |
1. (a) Gambar tersebut menunjukkan tentang kebaikan membaca. (b) Gambar tersebut menunjukkan kebaikan membaca. Ayat manakah betul? Betulkah sekiranya ayat Tujuan gotong-royong diadakan adalah untuk “membersih dan menceriakan” kawasan taman. -kan yang pertama dibuang untuk menjadikan ayat lebih gramatis? menceria dan membersihkan juga betul? | 1. Ayat yang betul ialah “Gambar tersebut menunjukkan kebaikan tentang membaca.”. 2. Ayat yang betul ialah “Tujuan gotong-royong diadakan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan taman.”. | Tatabahasa | 27.07.2022 |
Apa yang membezakan antara kedua jalan tersebut ialah bentuk jalannya. (Adakah ayat ini betul?) | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Yang membezakan kedua-dua jalan tersebut ialah strukturnya.” Untuk maklumat lanjut tentang ayat, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431. | Tatabahasa | 06.02.2025 |
1) Perubahan itu menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan ada usaha untuk menangani masalah tersebut. 2) Perubahan itu menunjuk kepada kita bahawa kerajaan ada usaha untuk menangani masalah tersebut. Ayat mana satukah yang betul? Pada pendapat saya, ayat pertama baru betul, kerana menunjukkan ialah kata kerja transitif yg memerlukan objek, dan frasa bahawa bahawa kerajaan ada usaha untuk menangani masalah tersebut ialah subordinate clause yg boleh berdiri sebagai objek. Betulkah pengertian saya? | Ayat yang tepat ialah “Perubahan itu menunjukkan bahawa kerajaan telah berusaha untuk menangani masalah tersebut.” | Lain-lain | 28.11.2023 |