Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.da/] | ترسدق

Definisi : , kesedakan terbelahak kerana salah menelan (tercekik, kemasukan air dlm lubang pernafasan, dll): dia ~ dan menyem-bur sedikit air yg di dalam mulutnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.da/] | ترسدق

Definisi : terbatuk-batuk atau terbelahak kerana salah menelan (tercekik dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedak
Kata Terbitan : tersedak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbeaan antara tercekik dan tersedak?

Mengikut Kamus Dewan, tercekik diberikan 3 makna, iaitu 1. dicekik; 2. tersangkut makanan di kerongkong (tekak); 3. (makna kiasan)tertekan (oleh kemiskinan dan lain-lain).

Manakala tersedak pula diberikan makna terbatuk-batuk atau terbelahak kerana salah menelan (tercekik, kemasukan air dalam lubang pernafasan dan lain-lain).
Makna18.08.2014
Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan lugas? Adakah menerangkan tentang sifat? Contoh ayat: Struktur ayat jelas dan bermakna lugasKata "lugas" bermaksud:

lugas1 melugas kata kerja tak transitif
berasa hendak tersedak.

lugas2 Kedah kata kerja tak transitif
1 menanggalkan atau melucutkan kesemuanya sekali barang kemas, pakaian dan sebagainya;
2 mengambil atau memetik kesemuanya sekali buah di atas pokok.

Penggunaan kata "lugas" dalam ayat "Struktur ayat jelas dan bermakna lugas" tidak bersesuaian dengan makna yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1360). Kami beranggapan terdapat kesilapan dalam penaipan kata tersebut, mungkin katanya "luas" bukannya "lugas".
Makna10.05.2024
Apakah dimaksudkan dengan perkataan lugas?

Kata lugas dalam dialek Kedah bermaksud: 

1. menanggalkan atau melucutkan kesemuanya sekali barang kemas, pakaian dan sebagainya;

2. mengambil atau memetik kesemuanya sekali buah di atas pokok.

Ada juga kata melugas yang bermaksud berasa hendak tersedak.

Sila layari PRPM https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu.
Makna05.09.2024

Kembali ke atas