Tersedar dari tidur atau tersedar daripada tidur? | Tersedar daripada tidur. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Assalamualaikum/ selamat sejahtera, Mohon bertanya cara penulisan subhanallah yang berada di tengah-tengah ayat. Adakah "s" ditulis menggunakan huruf besar dan dicondongkan (italic)? Contoh ayat: Makmum duduk menunggu imam dan menyebut subhanallah agar imam tersedar lalu duduk semula untuk tasyahud akhir. | Cadangan penggunaan perkataan Subhanallah dengan betul adalah seperti yang berikut:"Makmum duduk menunggu imam dan menyebut Subhanallah agar imam tersedar lalu duduk semula untuk tasyahud akhir". | Tatabahasa | 01.04.2020 |
Assalamualaikum. Tuan, saya memohon Tuan dapat memberi penjelasan mengenai dua perkataan di bawah ini kerana saya agak keliru dengan penggunaannya; (i) baru (ii) baharu Melalui pembacaan saya sebelum ini; baru merujuk kepada 'just'. contoh penggunaan: baru sampai, dia baru tersedar, baru sahaja habis. manakala; baharu merujuk kepada 'new'. contoh penggunaan: baju baharu, pengantin baharu, tahun baharu, adik baharu Namun begitu timbul kekeliruan pada saya kerana lazimnya 'baharu' tetap juga ditulis dengan 'baru' seperti yang biasa ditemui: baju baru, pengantin baru, tahun baru, adik baru. Saya mohon Tuan dapat membantu tentang ketepatan penggunaan perkataan 'baru' & 'baharu'. Terima kasih, Tuan. | Pendapat saudara memang benar, kita biasa melihat frasa 'kereta baru' atau 'kereta baharu' dan 'buku baru' atau 'buku baharu'. Oleh itu, kata news kerap diterjemahkan kepada baru atau baharu. Namun begitu berbeza dengan kata just yang lazimnya diterjemahkan kepada baru seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. | Tatabahasa | 07.12.2011 |
Bolehkah "daku" digunakan selepas perkataan yang hujungnya bukan berhuruf n? Seperti contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "tiba-tiba sedar daku drpd tidurku", adakah betul penggunaannya? | “Daku” merupakan kata ganti nama diri pertama yang digunakan apabila bercakap dengan Tuhan atau seseorang yang sangat rapat, biasanya digunakan sesudah kata yang diakhiri huruf konsonan “n”. “Daku” ialah akronim bagi “diri aku”. Walau bagaimanapun, ayat “Tiba-tiba tersedar daku daripada tidurku.” betul dan boleh digunakan berdasarkan laras bahasa Sastera. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 496. | Lain-lain | 04.09.2024 |