Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.du] | ترسدو

Definisi : , tersedu-sedu menangis dgn suara yg terputus-putus (timbul tenggelam dll), teresak-esak, tersedan: ibunya masih ~ dgn kesedihan yg mendalam utk meninggalkan rumahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersedu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
teresak-esak, tersedu-sedu, tersedan-sedan. saya menghadapi masalah untuk memilih jawapan yang betul dalam soalan objektif yang memiliki pilihan tersebut. bagaimanakah penggunaan istilah tersebut? terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, tersedan-sedan bermaksud me­nangis dengan suara yang terputus-putus (timbul tenggelam), tersedu-sedu, teresak-esak. Oleh itu, teresak-esak, tersedu-sedu dan tersedan-sedan adalah sama maksudnya dan boleh digunakan bertukar ganti.Makna19.09.2012
1. Wanita itu menangis (teresak-esak / tersedu-sedu) kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. (Banyak kanak-kanak) kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. Bahagian manakah dalam ayat ini salah? Atau tiada kesalahan. 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak diperdaya) oleh lelaki hidung belang. ATAU Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak mudah terperdaya) oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu (memasakkan) sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut (adalah) peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. 10. (Sementara) itu kapal belajar juga, makin lama makin laju. 11. Kami (menemukan) beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

1. Wanita itu menangis teresak-esak kerana kehilangan suaminya yang tersayang.

2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - ayat ini betul

3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh lelaki hidung belang.

4. Ibu memasakkan sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama.

5. Berikut ialah peserta yang berjaya ke peringkat akhir.

6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu.

7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun.

8. Ken Yee tinggal di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu.

9. Para pelajar disuruh diam semasa ketiadaan guru.

10. Sementara itu kapal belayar juga, makin lama makin laju.

11. Kami menemukan beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259.

Tatabahasa24.10.2011
1. Pelantikan Zhun Kit sebagai ketua kelas di Tingkatan 4PD telah mendapat (persetujuan) daripada semua rakan sekelasnya. Mengapakah (persetujuan) diberi sebagai kesalahan? 2. Apakah bezanya teresak-esak dengan tersedu-sedan? 3. Terdapat guru yang mengajar penggunaan "sejak" tidak boleh diikuti dengan "dari"? Betul? 4. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama. Manakah kesilapan ayat ini? - tidak perlu perkataan "berada" - di dalam kumpulan1. Perkataan persetujuan dalam ayat tersebut adalah tepat dari segi semantiknya. 
2. Teresak-esak sama maksudnya dengan tersedu-sedu. 
3. Sejak bermaksud mulai dari atau dari, oleh itu penggunaan kata dari selepas sejak menjadikan ayat tersebut lewah. Ayat yang lewah bukanlah ayat yang gramatis. 
4. Ayat ini betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.
Tatabahasa13.05.2012
bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP jelaskan dengan lebih terperinci maksud terzina dan quatrain (kesusateraan)?

 

Saudara,

"Terzina" dan "Quatrain" merupakan istilah kesusasteraan yang merujuk kepada bentuk sajak. Bentuk sajak merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima.

Daripada binaan sajak ini dapat ditentukan 2 bentuk sajak, iaitu sajak terikat dan sajak bebas.

Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan sajak itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Berdasarkan aspek itu bentuk sajak ditentukan mengikut pola berikut:

- distikhon

- terzina

- quatrain

- quantain

- sextet

- septet

- oktaf

Daripada pembahagian bentuk ini maka "Terzina" bermaksud sajak yang rangkapnya  terdiri daripada 3 baris:

contoh sajak "Dunia Sejahtera" oleh SN Usman Awang

Sisa hudup ini akan kita pelihara

dengan tanah bersama pohon menghijau indah

di atas tulang yang kurus, daging dan darah

 

dan "Quantrain" sajak yang terdiri daripada empat baris. contohnya sajak "Keindahan Yang Hilang" oleh Shamsudin Jaafar:

Malam hiba dadanya unggu luka

pungguk tersedu pilu di atas batu

Bulan tiada lagi mendandan wajah

bintang malam pudar sinarnya

 

sekian, terima kasih.

Sastera22.03.2011

Kembali ke atas